Sunday, 4 November 2018

SEMAK KEBOCORAN GAJI

Jom kita semak di mana dan ke mana kebocoran duit seringkali berlaku.

Rujuk gambar di bawah ya



➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖

1. Perkara pertama yang anda perlu lakukan adalah senaraikan semua keperluan dan komitmen anda beserta dengan jumlah RM. Nak divide by week or month itu terpulang pada anda.
.
2. Pecahkan kepada 4 bahagian gaji kita
         a-Terpaksa
         b- Untung
         c- Bocor
         d- Sampah.
         

a- Terpaksa  (60%)
Semua jenis keperluan anda, itulah bahagian yang terpaksa anda bayar. Contohnya seperti bulanan rumah, kereta, bil dan lain-lain lagi. Setkan kepada 60% atau kurang dari 60%
.
b - Untung (30%)
Semua berbentuk tabung, simpanan,pelaburan dan perlindungan dikategorikan dalam untung. Betul ke perlindungan dikategorikan sebagai untung? Ok, kita bagi contoh alat pemadam api. kita beli membazir tak rasa-rasa. Mestilah membazir kan. Tapi ianya sangat penting kalau berlaku kebakaran. Macam tu juga dengan insurans perlindungan. 
.
c- Bocor (5%)
Bocor ni tak salah cuma kita perlu kawal. Normal lah bocor tu kan. Macam kes ni pastikan bocor jangan melebihi RM250 untuk gaji RM5000. Maknanya kalau kita telah berbelanja RM250, tiba-tiba ada kawan ajak pergi shoping ke, so tak payah la.. 
.
d- Sampah (5%)
Sampah ni lagi teruk dari bocor. Kalau boleh elakkan terus. Macam kes seorang perokok dan vapor. Pastikan tidak berbelanja melebihi RM250. 

.

3. Dari keempat empat perkara utama ni, anda boleh nilai, kemana duit anda bukan? Sebolehnya lebihkan kepada Untung tu. 
Nak comey sikit buatlah guna excel. Ye dak?

Disini, setiap bulan anda sudah tahu berapa baki gaji anda bukan? Jadi ini sekadar contoh sahaja. Anda cubalah untuk diri anda sendiri. Rujuklah gambar untuk lebih faham. 
.
So, apa salahnya anda share ilmu ni kepada kawan anda yang lain. Dah baca mohonlah SHARE 

Hanafi Hamin

Thursday, 6 September 2018

TIPS GAJI KECIL BOLEH BELI BANYAK RUMAH

WOW! GAJI KECIL BOLEH BELI BANYAK RUMAH.
=================================================================

Kadang-kadang kalau perasan, ramai kngsikan tips dengan gaji kecil, mereka boleh beli banyak rumah. Jadi hari ini saya ingin berkongsi dan merungkaikan sedikit sahaja. Mereka yang otai sudah berkongsi pelbagai tips, bagus kan? Jadi tugas kita, sesuaikanlah dengan dii kita sendiri, sebab meraka nak kita semua ada aset dan hartanah sendiri.

Kadang ada yang beritahu, gaji RM2,500 pun sudah boleh beli banyak rumah. Tapi kalau bahasa mudahnya, gaji utama sahaja RM2,500. Ada element lain belum ditambah. Jelas? ok jom baca lagi
.
.

Di mata bank, ada beberapa incme yang akan di ambil kira. Antaranya adalah income dari pelabuhan seperti hartanah dan melabur duit di instrumen pelaburan. Setiap bank berbeza kiraannya. Ada yang ambil 100%, ada yang ambil 80% dan ada yang ambil 50% sahaja.

Gaji kecil boleh beli banyak rumah, bukanlah bermaksna sekali beli 3 biji terus. Satu per satu. Lepas beli satu biji rumah, kita tambah lagi satu biji rumah.

Contoh study case:

GAJI: RM2,500
DSR: komitmen/income x 100

= 750+600+900
_____________________ x 100
2,500+900+800+1000

= 43%

                                         



Nampak!


Komitmen dalam kes ini baru 43% dari income. Income disini bukan RM2,500 dah sebab telah diambil  kira dengan incoome dari hasil sewa. Nak bank ambil kira hasil sewa ini, perlulah declare dengan lembaga hasil. 

Jadi, income disini telah jadi RM2,500 + RM900 + RM800 + RM1000. so total RM5,200 income.
Kalau ambil kira 80% jadi lain sikitlah kiraannya.

Sebab itu sifu-sifu selalu pesan beli rumah cepat-cepat. Mereka suruh beli rumah cepat sebab apa, nanti takut komitmen lain dah tinggi seperti loan kereta, personal loan dan sebagainya. Dah kacau DSR. Harus diingat ya, bila komitmen dah tinggi, kelayakan untuk apply loan pun dah jadi rendah.

Ada seorang bisnes partner saya, memang dia plan betul-betul untuk beli rumah. Memandangkan gaji masih kecil, beliau sambar dulu rumah low cost sebelum kahwin. So pasangan dia pun buat benda yang sama. Sebab rumah low cost ini syaratnya agak ketat sedikit dan ada sekatan tertentu. Minima gaji pun di ambil kira juga ya.

Nak cerita tentang pelaburan rumah ini, satu benda je perlu dan wajib ada. Anda perlulah ada modal juga. Cara cepat modal dapat daripada PaMa (papa dan mama) , kedua EPF akaun 2. Tapi itu pun jika EPF anda sudah banyaklah. 

Cara lain dengan kumpul modal dengan ASB Financing. ASBF ini pun banyak teknik dan tricknya juga. So ambil tahu sebab benda ini mampu bantu anda untuk dapatkan rate endah.

Jadi, kita yang masih muda ini rancanglah betul-betul kewangan kita. Setiap orang ada juga sejarah hitam kewangan. Teruskan bangkit dari lopak lama.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Boleh hubungi saya untuk mohon ASB financing atau jika ada pertanyaan lanjut dengan klik link di bawah

Whatsapps saya

Tuesday, 4 September 2018

PELABURAN TANPA MODAL

Salah satu tools kewangan percuma yang wajib dibuat setelah melepasi umur 30-an sebagai pencaum KWSP
=====================================================================



1. Pengeluaran kwsp untuk pelaburan unit amanah boleh di buat jika melepasi paras kelayakan jumlah akaun 1 pada pencarum kwsp

2. Biasanya orang yang berumur 30 tahun dan ke atas, dengan kadar pendapatan bermula dengan 2,500 dengan purata kenaikan gaji % setahun , boleh menikmati kelebihan ini.

3. Pengeluran boleh dibuat dengan quarterly basis. 4 kali setahun. Mengikut kriteria di point nombor 2 tadi, biasanya pencarum boleh widraw dalam 18,000 setahun. Jika dipuratakan kepada bulanan 18,000/12, sebulan lebih kurang 1,500

4. Kenapa buat unit amanah? Kenapa tidak biarkan sahaja dalam akaun kwsp? Ini disebabkan oleh potensi keuntungan Unit Amanah ialah 10%-15% untuk tmepoh panjang selari dengan matlamat tujuan asal tadi iaitu untuk persaraan.

5. Dengan kadar pulangan minimum 10% dengan mengambil kira anda bermula dari umur 30 tahun, dengan purata pengeluaran tahunan 18,000 atau 1,500 sebulan dan bersara pada umur 55 tahun. Ini perolehan yang anda boleh dapat dari Unit Amanah iaitu 1,864,739.00 sahaja tidak termasuk duit yang tertinggal dalam kwsp.

6. Tidak termasuk baki yang tidak dikeluarkan dari kwsp, 1.8M itu adalah nilai potensi terkumpul dari pelaburan unit amanah sahaja.

7. Bayangkan jika tambah dengan duit kwsp asal anda. Insha ALLAH anda boleh bersara dengan selesa.

#DISCLAIMER: kiraan berdasarkan 30% widrawal bawah purata biasa sebab pengeluaran akan berkurang mengikut tahun dan mungkin boleh meningkat setiap tahun dan juga kemasukan bonus. Dan pengiraan di buat mengunakan Financial Calculator.

Jangan sia-siakan kelebihan yang anda ada sebagai pencarum kwsp. Fungsi akaun 1 yang dibenarkan kwsp hanyalah untuk pengeluaran unit amanah.

Ambil langkah bijak dengan mulakan pelaburan bijak di hari tua anda dengan saya sekarang.

Hubungi saya untuk semakan kelayakan anda dengan klik link di bawah















Tuesday, 29 May 2018

TEKNIK HAPUSKAN PTPTN DALAM 5 TAHUN


Assalamualaikum, salam sejahtera. Hari ini saya nak share dengan anda semua bagaimana cara atau teknik untuk hapuskan PTPTN dalam masa 5 tahun. 
.
.
.

Kita ambil situasi simple pelajar degree di IPTA yang mana jumlah pinjaman PTPTN mereka selama 4 tahun belajar adalah RM28,000. Duit ni mereka dapat setiap sem sebanyak RM3,500. Banyak ke RM3,500 tu? Dengan duit tu lah mereka bayar yuran belajar, yuran asrama dan berbelanja semua.
.
PTPTN mereka boleh jadi FREE dengan syarat tamat belajar nanti pointer mereka kelas pertama. Kelas pertama ni pula setiap universiti berbeza beza pointer. Macam universiti saya kena 3.75. Part pointer ni pula, bila pelajar pointer agak teruk iaitu bawah dari 2.0, bayaran ptptn mereka pada semester tersebut akan di tahan. Waktu ni saya sendiri pernah rasa sebab dapat 1.99. PTPTN tetap kira walaupun 0.01.




Itu part mukadimah, kita masuk part habis belajar dan mula kerja. KIta ambil "contoh" gaji fresh graduate iaitu RM2,500. So, mereka masih tidak perlu bayar ptptn selagi belum cecah RM4,000 sebulan gaji mereka. Mengikut kiraan sekiranya kenaikan gaji 5%, tahun ke 10 baru gaji mereka cecah ke RM4,000. Kalau kenaikan 10% setahun, baru ngam 5 tahun gaji mereka akan naik ke RM4,000.
.
Saya ambil kiraan mudah, ambil tempoh 5 tahun sementara penangguhan bayaran PTPTN ni.
.
Dalam tempoh ni asingkan sebanyak RM270 sebulan dari duit gaji untuk dana setelkan PTPTN secepat mungkin
Dengan RM270 sebulan, apa yang perlu anda buat adalah apply ASBF RM50,000. "Katakan" pulangan setahun ASB boleh bagi purata 7%, hasil yang anda dapat setelah 5 tahun adalah :
.
Dividen terkumpul: RM20,127
Jumlah Principal : RM4,100

Jumalah hasil : RM24,127

Untuk pengetahun, PTPTN akan bagi offer diskaun 20% sekiranya langsaikan awal. So jumlah yang kena bayar selepas diskaun:

RM28,000 x 80% = RM22,400
RM22,400 ni tak termasuk ujrah. Tapi jangan risau, hasil daripada ASBF tu, dapat cover semuanya.

So gunakan hasil dari pelaburan ASBF tu untuk settelkan hutang PTPTN. Hutang PTPTN pun settel dalam tempoh 5 tahun. Lega nya settelkan hutang hanya tuhan je yang tahu. Atleast kurang dah beban hutang kerajaan untuk seorang. Tak perlu nak tunggu terlalu lama nak setelkan hutang belajar.

Ok, faham apa yang saya cuba sampaikan ?

Jika ada sebarang kemusykilan, boleh terus hubungi saya dengan klik link ini

Sunday, 20 May 2018

TEKNIK ASB FINANCING BOLEH UNTUNG LEBIH RM60K

RM BULANAN YANG SAMA, TEMPOH YANG SAMA, TEMPAT PELABURAN YANG SAMA, HASIL BEZA LEBIH RM60K
.
.


Masih lagi dalam topik pelaburan ASBF pada malam ni. Kita ambil kira amount yang ramai mampu buat iaitu RM270 sebulan. Cumanya cara je yang berbeza.
.
.+ Pela
bur Pertama
Dengan RM270 sebulan, pelabur ni target nak letakkan duitnya di ASB selama 30 tahun tanpa usik dividen untuk backup dana waktu beliau pencen nanti. Kita ambil kira purata ASB bagi adalah 7% setahun.
Hasil yang pelabur ni akan dapat selepas 30 tahun adalah lebih kurang RM317,500 
.
.
+ Pelabur Kedua
Pelabur ni plan nak melabur RM270 sebulan juga, tapi beliau lebih sukakan fasiliti daripada pembiayaan ASB. Dengan RM270 sebulan ni beliau tukarkan komitmen kepada ASB 50K. Target pelabur kedua ni pun sama untuk backup dana pencen nanti.
Hasil yang pelabur ni akan dapat selepas 30 tahun adalah RM380,000.
.
.
So kita nampak kedua-dua hasil pelabur
Pelabur pertama : RM317,500
Pelabur kedua : RM380,000
Perbezaan disini saja RM62,500.
.
.
Dari segi dividen pun pastinya berbeza juga. Kita letak dividen 7%:
Pelabur pertama:
RM317,5000 x 7% = RM22,225

Pelabur kedua :
RM380,000 x 7% = RM26,600
.
.
Dividen pun dah beza banyak juga. Waktu ni nak enjoy dividen pun takde masalah. Cuma nak cantik keluarkanlah bulan-bulan ke. Dengan dividen RM26,600 ni umpama kita ada extra income RM2,216 ssbulan waktu tu.

Ni sekadar contoh dan nak buka mata anda semua. Bayangkan kalau yang layan RM100K, sudah tentunya berganda. Kalau 200k pula jangab katalah. Nak betul sedap 400k terus dan husband n wife buat benda yang sama.
.
.
Clear? Tak clear tanya je. 

Jom tanya saya di talian whatsApps hanafihamin atau boleh terus follow atau add saya di facebook Hanafi Hamin

Wednesday, 14 March 2018

BOLEH KE KELUARKAN DUIT AKAUN 1 KWSP UNTUK MELABUR KE UNIT TRUST?

Persoalannya boleh ke?

"Aku teringin juga nak melabur dalam unit trust. Tapi tak ada cash. Boleh ke melabur guna duit KWSP akaun 1 tu?"



Jawapannya BOLEH.

Ianya bergantung kepada jumlah wang yang kita ada dalam KWSP. Kalau tak cukup, maka kita tidak layak untuk buat pengeluaran tersebut.

Selain itu, ada beberapa syarat-syarat lain yang telah di tetapkan oleh pihak KWSP. Ini kerana kita perlu tahu yang wang di dalam KWSP adalah wang persaraan kita. Bukan mudah-mudah untuk kita keluarkan wang tersebut.

Syarat Pengeluaran Akaun 1 Untuk Pelaburan Unit Trust

1. Mulai 1 Januari 2017, ahli boleh melaburkan simpanan di bawah Skim Pengeluaran Ahli (SPA) tidak melebihi 30% daripada jumlah simpanan yang melebihi Simpanan Asas dalam akaun 1 (Sebelum in tidak melebihi 20%)

2. Pelaburan mesti di buat menerusi Institusi Pengurusan Dana (IPD) yang di lantik.

3. Jumlah minimum pelaburan ialah RM1000.00

4. Syarat-syarat am prosedur di bawah SPA yang lain masih kekal dan tidak berubah.

5. Pelaburan ii boleh di buat setiap 3 bualan selepas tarikh pelaburan sebelumnya.



Formula Pengiraan

Kalau nak tahu sama ada kita layak untuk melaburkan wang KWSP dan berapa jumlah maksimum yang boleh di laburkan. Formulanya adalah seperti berikut:

(Akaun 1 - Simpanan Asas) x 30 % = Jumlah maksimum yang boleh di laburkan

Kalau nak tahu berapa jumlah dalam akaun 1, anda boleh rujuk pejabat KWSP atau layari laman web rasmi mereka. Jumlah Simpanan Asas pula adalah seperti dalam jadual yang telah di tetapkan di bawah.


Jumlah simpanan asas adalah satu jumlah simpanan dalam akaun 1 yang di tetapkan mengikut umur. Ia bertujuan unutk melindungi ahlinya supaya dapat membiayai keperluan asas persaraan sebelum membuat pengeluaran.


Untuk maklumat lanjut,atau ingin tahu cara pengiraan kelayakan boleh hubungi saya dengan klik link ini 







PELABURAN UNIT TRUST TANPA TUNAI

Assalamualaikum, hai selamat pagi semua. Selamat sejahtera. Moga-moga kita dalam keadaan sihat dan ceria.

Baik, hari ini saya nak kongsi pelaburan unit trust atau unit amanah tanpa pengeluaran tunai. Sebenarnya, pelaburan ini melalui KWSP akaun 1. 



Sebenarnya pengeluaran akaun 1 KWSP ini ramai yang masih tidak tahu. Selain pengeluaran semasa pencen ia juga boleh di keluarkan pada masa sekarang. Cuma, pengeluaran tersebut bukanlah dalam bentuk tunai seperti akaun 2. 

Saya suka nasihatkan, keluarkanlah sebahagian duit di akaun 1 dan masukkan ke dalam akaun unit trust supaya kita dapat gandakan lagi duit. Bak kata orang tua-tua, biarkan kita membiakkan duit kita.



Insha Allah, sifat cakna kita sekarang mampu menggandakan lagi duit bilamana kita pencen. Kita boleh pencen dengan penuh bergaya. Mampu membiayai kos pembelajaran anak-anak, mampu pergi melancong dalam dan luar negara tanpa perlu fikirkan soal wang, mampu membiayai majlis perkahwinan anak. Wow! semuanya kita mampu jika kita cakna untuk melabur dalam unit trust pada hari muda kini.

Tapi tak semua layak untuk buat pengeluaran, sebab kelayakan itu telah di tetapkan oleh pihak KWSP. Untuk semak kelayakan, pencarum perlu beritahu umur dan jumlah terbaru akaun 1 KWSP. 

Ramai yang dah berjaya keluarkan dan gandakan duit dalam akaun 1 dengan strategi yang betul. Yang penting setiap 3 bulan pencarum mesti konsisten melabur. 

Yang paling penting, sememangnya kita tak mengganggu kos perbelanjaan harian kita pun. 

Senang bukan?

Jom semak kelayakan untuk anda melabur sekarang!

Hubungi saya di talian whatApps sekarang HanafiHamin

Tuesday, 13 March 2018

CARA PENGIRAAN DIVIDEN ASB 2017


BOLEH KE KELUARKAN DUIT AKAUN 1 KWSP UNTUK MELABUR KE UNIT TRUST?

Persoalannya boleh ke?

"Aku teringin juga nak melabur dalam unit trust. Tapi tak ada cash. Boleh ke melabur guna duit KWSP akaun 1 tu?"



Jawapannya BOLEH.

Ianya bergantung kepada jumlah wang yang kita ada dalam KWSP. Kalau tak cukup, maka kita tidak layak untuk buat pengeluaran tersebut.

Selain itu, ada beberapa syarat-syarat lain yang telah di tetapkan oleh pihak KWSP. Ini kerana kita perlu tahu yang wang di dalam KWSP adalah wang persaraan kita. Bukan mudah-mudah untuk kita keluarkan wang tersebut.

Syarat Pengeluaran Akaun 1 Untuk Pelaburan Unit Trust

1. Mulai 1 Januari 2017, ahli boleh melaburkan simpanan di bawah Skim Pengeluaran Ahli (SPA) tidak melebihi 30% daripada jumlah simpanan yang melebihi Simpanan Asas dalam akaun 1 (Sebelum in tidak melebihi 20%)

2. Pelaburan mesti di buat menerusi Institusi Pengurusan Dana (IPD) yang di lantik.

3. Jumlah minimum pelaburan ialah RM1000.00

4. Syarat-syarat am prosedur di bawah SPA yang lain masih kekal dan tidak berubah.

5. Pelaburan ii boleh di buat setiap 3 bualan selepas tarikh pelaburan sebelumnya.


Untuk maklumat atau sebarang pertanyaan boleh hubungi saya di talian whatsApps Hanafihamin



CARA PENUHKAN SIJIL ASB 200K DENGAN KOMITMEN RM268 SEBULAN

Assalamualikum semua,

Hi kita bertemu lagi dalam entry kali ini. Saya doakan semoga kalian sihat dan ceria selalu. Baik, berbalik kepada tajuk utama yang saya nak sentuh kali ini. Bagaimana dengan RM268 je kita mampu penuhkan ASBF 200K?

Menarik bukan? Nak tahu lebih lanjut, jom ikut saya kupas tajuk ini sampai anda faham.

Bagi individu yang bergaji kecil atau komitmen sudah tinggi, pasti berasa amat sukar untuk memiliki sijil ASB 200K. Yang mana memerlukan komitmen bulanan sebanyak RM1068

Arguments, jika ada ilmu anda sebenarnya boleh memiliki sijil ASB 200K dengan bermodalkan RM268 sebulan sahaja. Tapi anda memerlukan strategi yang betul dan kesabaran yang tinggi.

Teknik yang sesuai digunakan adalah Teknik HYBRID iaitu gabungan Teknik Rolling Dividen dan Teknik Compounding.
.
.
.



LANGKAH-LANGKAH

Langkah Pertama
Pada tahun pertama, apply ASBF 50K.
Keuntungan bank 4.8%
Tempoh pembiayaan 30 tahun
Bayaran bulanan Rm268

Anda bayar selama 12 bulan @ setahun sahaja. Selepas setahun anda akan dapat dividen. Gunakan dividen untuk bayar ansuran tahun kedua. Ulang langkag ini pada tahun seterusnya sehingga matlamat anda tercapai.

 ⇒ Langkah Kedua
Pada tahun kedua, komitmen bulanan anda kembali sifar kerana ansuran aijil 50K yang pertama dibayar menggunakan diviven. Tiba masanya untuk anda apply sijil ASB 50K yang kedua.

Untuk sijil yang kedua , bayar selama setahun sahaja dan gunakan teknik rolling dividen.


Langkah Ketiga
Pada tahun ketiga, komitmen kembali sifar kerana ansuran siil ASB 50K yang pertama dan kedua dibayar menggunakan dividen. Jadi anda apply sijil ASB 50K yang ketiga.

Ulang seperti sijil pertama dan  kedua menggunakan teknik rolling dividen.

Langkah Keempat
Pada tahun keempat, komitmen anda kembali sifar. Jadi tiba masanya untuk anda apply sekali lagi sijil ASB 50K. Kini anda sudah memiliki sijil ASB sebanyak 200K.

Untuk sijil keempat ini, disarankan untuk menggunakan teknik compounding supaya hasil simpanan anda lebih tinggi.

*** Jika berminat untuk penuhkan sijil ASB2 lagi 200K, teruskan langkah-langkag yang sama sehingga tahun kelapan. Anda bakal memiliki sijil 400K dengan komitmen bulanan adalah sebanyak Rm268 sebulan sahaja. Wow! menarik bukan?

Untuk maklumat lanjut, anda boleh bertanya atau mahu memohon ASBF dengan saya. Boleh hubungi saya di talian 019-4579144

atau klik je link ini ⇩⇩⇩

HanafiHamin











Monday, 5 March 2018

PNB KREDIT BONUS KHAS UNTUK PEMEGANG UNIT ASB

Wahhh...pemegang unit Amanah Saham Bumiputera dapat bonus

Pemodalan Nasional Berhad (PNB) akan mengkreditkan bonus khas sebanyak satu seunit bagi RM10,000 unit pertama kepada pemegang unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) sempena ulang
10tahun ke-40 PNB pada 17 Mac 2018. Bonus Khas itu yang diumumkan itu pada Disember 21017 berjumlah RM255.12 juta beserta pengagihan pendapatan dan bonus yang telah diagihkan sebelum ini sebanyak RM10.48 billion. Hal ini akan memberi manfaat kepada 9.1 juta pemegang unit yang melanggan lebih 145 billion unit ASB

Pengagihan pendapatan tujuh sen seunit dan bonus 0.25 sen seunit untuk ASB bagi tahun kewangan  
berakhir 31 Disember 2017 telah dikreditkan ke dalam akaun pemegang unit pada 1 Januari 2018.




Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Abdul Wahid Omar, berkata dalam satu kenyataan, bonus khas ulangtahun itu merupakan penghargaan PNB kepada pemegang unit yang sentiasa setia menyokong mereka selama ini.

"Hari ini syarikat pengurusan unit amanah PNB iaitu Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) adalah syarikat unit amanah terbesar di Malaysia dengan 228 billion dalam edaran yang mana 67.3 peratus adalah unit-unit ASB". katanya lagi, "Kami amat menghargai sokongan pemegang unit dan gembira untuk menghadiahi mereka bonus khas ulangtahun yang dibayar daripada dana proprietari PNB sendiri".  



PNB berkata dengan ini lebih 7.5 juta pemegang unit dengan pegangan sehingga 10,000 unit akan  menerima pulangan efektif sebanyak 8.25 sen seunit manakala tambahan 1.7 juta pemegang unit akan menerima sekurang-kurangnya 7.25 sen seunit 

"Pengiraan pengagigan bonus khas adalah tertakluk kepada purata baki bulanan minimum selama 12  bulan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017, bagi 10,000 unit pertama sahaja," kata PNB.

Pemegang unit boleh menyemak dan mengemas kini akaun masing-masing melalui portal baharu ASNB, myasnb.com.my atau di mana-mana cawangan atau ejen ASNB di seluruh negara.



Monday, 26 February 2018

STRATEGI ASB

Nisbah 5:3:2

=======================================================================

Apalah nisbah 5:3:2 ni ye? Benda ini mudah sahaja sebenarnya. Kalau nak katakan seperti strategi permainan bola sepak pun boleh juga.

Nisbah 5:3:2 ini adalah nisbah pelaburan anda. Sebagai orang yang bijak wang, kita sepatutnya mempelbagaikan aset pelaburan kita. Jangan letak di satu tempat sahaja.

                                                                 50% : 30% : 20%

                                                Short term : Medium term : Long term






⇨SHORT TERM ( RM500)

Untuk pelaburan jangka masa pendek ini, saya selalu nasihatkan agar kita gunakan duit ini untuk kembangkan lagi untuk kumpulkan aset. Antara produk pelaburan atau investment yang saya boleh cadangkan ialah ASB FINANCING atau nama singkatannya ASBF.

ASBF ini boleh di buat di mana-mana bank. Antaranya ialah bank CIMB, MAYBANK, BSN, AFFIN, RHB. Atau untuk lebih mudah, anda boleh mohon ASBF ini melalui saya.

Untuk aset pula kita boleh beli rumah, tanah atau kedai.

⇨ MEDIUM TERM (RM300)

Untuk pelaburan jangaka masa sederhana ini pula, anda boleh melabur dalam pelaburan unit amanah atau unit trust. Medium ini boleh di gunakan dalam 5 hingga 10 tahun akan datang atau boleh gunakan sewaktu anda pencen.

Pada masa itu, anda tidak perlu bimbang jika anak anda mahu melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti atau anda boleh pencen bergaya dengan pergi melancong ke luar negara mahupun boleh menaja majlis perkhawinan anak tersayang.

Untungnya kita rakyat Malaysia, terdapat banyak syarikat yang menyediakan medium pelaburan unit amanah atau unit trust ini. Antaranya ialah CWA, Public Mutual, RHB dan sebagainya.

⇨ LONG TERM (RM200)

Untuk pelaburan jangka masa panjang ini tidak lain tidak bukan untuk dana pencen andalah. Ye betul, seperti yang kita sedia maklum. ada di antara kita mempunyai EPF bagi yang bekerja swasta atau skim pencen bagi yang bekerja kerajaan. Tapi apa salahnya jika kita mempelbagaikan lagi atau tambah lagi dana persaraan kita.

Antara produk yang saya boleh cadangkan ialah PRS atau dalam bahasa jawanya Private Retire Skim. Ia baru sahaja di tubuhkan lebih kurang 5 tahun. Pihak kerajaan amat  menggalakkan anak muda berumur 20 tahun hingga 30 tahun menyertainya. Selain itu, pihak kerajaan juga memberi insentif bernilai RM1000.00 bagi anak muda yang berumur 20 hingga 30 tahun yang masukkan Rm1000.00 ke dalam akaun PRS nya.

Inilah masa untuk rebut peluang keemasan ini. Dengar kata, insentif itu akan berakhir pada tahun ini. Jadi, mari cepat rebut peluang terbuka ini. 

Akhir kata dari saya, sebenarnya saya sahaj letakkan nisbah 5:3:2 ini. Tidak kisahlah anda nak letak nisbah 4:4;2 ke 5:3:1 ke. Apa yang penting kita tahu dan faham apa yang kita buat. faham kadar kewangan kita. Itu sahaja. 

Jika anda rasa kurang jelas dengan penjelasan saya, boleh hubungi saya di talian whatsApps www.wasap./60194579144  

Hanafi Hamin















*