Monday 5 March 2018

PNB KREDIT BONUS KHAS UNTUK PEMEGANG UNIT ASB

Wahhh...pemegang unit Amanah Saham Bumiputera dapat bonus

Pemodalan Nasional Berhad (PNB) akan mengkreditkan bonus khas sebanyak satu seunit bagi RM10,000 unit pertama kepada pemegang unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) sempena ulang
10tahun ke-40 PNB pada 17 Mac 2018. Bonus Khas itu yang diumumkan itu pada Disember 21017 berjumlah RM255.12 juta beserta pengagihan pendapatan dan bonus yang telah diagihkan sebelum ini sebanyak RM10.48 billion. Hal ini akan memberi manfaat kepada 9.1 juta pemegang unit yang melanggan lebih 145 billion unit ASB

Pengagihan pendapatan tujuh sen seunit dan bonus 0.25 sen seunit untuk ASB bagi tahun kewangan  
berakhir 31 Disember 2017 telah dikreditkan ke dalam akaun pemegang unit pada 1 Januari 2018.




Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Abdul Wahid Omar, berkata dalam satu kenyataan, bonus khas ulangtahun itu merupakan penghargaan PNB kepada pemegang unit yang sentiasa setia menyokong mereka selama ini.

"Hari ini syarikat pengurusan unit amanah PNB iaitu Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) adalah syarikat unit amanah terbesar di Malaysia dengan 228 billion dalam edaran yang mana 67.3 peratus adalah unit-unit ASB". katanya lagi, "Kami amat menghargai sokongan pemegang unit dan gembira untuk menghadiahi mereka bonus khas ulangtahun yang dibayar daripada dana proprietari PNB sendiri".  



PNB berkata dengan ini lebih 7.5 juta pemegang unit dengan pegangan sehingga 10,000 unit akan  menerima pulangan efektif sebanyak 8.25 sen seunit manakala tambahan 1.7 juta pemegang unit akan menerima sekurang-kurangnya 7.25 sen seunit 

"Pengiraan pengagigan bonus khas adalah tertakluk kepada purata baki bulanan minimum selama 12  bulan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017, bagi 10,000 unit pertama sahaja," kata PNB.

Pemegang unit boleh menyemak dan mengemas kini akaun masing-masing melalui portal baharu ASNB, myasnb.com.my atau di mana-mana cawangan atau ejen ASNB di seluruh negara.



No comments:

Post a Comment