Tuesday 29 May 2018

TEKNIK HAPUSKAN PTPTN DALAM 5 TAHUN


Assalamualaikum, salam sejahtera. Hari ini saya nak share dengan anda semua bagaimana cara atau teknik untuk hapuskan PTPTN dalam masa 5 tahun. 
.
.
.

Kita ambil situasi simple pelajar degree di IPTA yang mana jumlah pinjaman PTPTN mereka selama 4 tahun belajar adalah RM28,000. Duit ni mereka dapat setiap sem sebanyak RM3,500. Banyak ke RM3,500 tu? Dengan duit tu lah mereka bayar yuran belajar, yuran asrama dan berbelanja semua.
.
PTPTN mereka boleh jadi FREE dengan syarat tamat belajar nanti pointer mereka kelas pertama. Kelas pertama ni pula setiap universiti berbeza beza pointer. Macam universiti saya kena 3.75. Part pointer ni pula, bila pelajar pointer agak teruk iaitu bawah dari 2.0, bayaran ptptn mereka pada semester tersebut akan di tahan. Waktu ni saya sendiri pernah rasa sebab dapat 1.99. PTPTN tetap kira walaupun 0.01.




Itu part mukadimah, kita masuk part habis belajar dan mula kerja. KIta ambil "contoh" gaji fresh graduate iaitu RM2,500. So, mereka masih tidak perlu bayar ptptn selagi belum cecah RM4,000 sebulan gaji mereka. Mengikut kiraan sekiranya kenaikan gaji 5%, tahun ke 10 baru gaji mereka cecah ke RM4,000. Kalau kenaikan 10% setahun, baru ngam 5 tahun gaji mereka akan naik ke RM4,000.
.
Saya ambil kiraan mudah, ambil tempoh 5 tahun sementara penangguhan bayaran PTPTN ni.
.
Dalam tempoh ni asingkan sebanyak RM270 sebulan dari duit gaji untuk dana setelkan PTPTN secepat mungkin
Dengan RM270 sebulan, apa yang perlu anda buat adalah apply ASBF RM50,000. "Katakan" pulangan setahun ASB boleh bagi purata 7%, hasil yang anda dapat setelah 5 tahun adalah :
.
Dividen terkumpul: RM20,127
Jumlah Principal : RM4,100

Jumalah hasil : RM24,127

Untuk pengetahun, PTPTN akan bagi offer diskaun 20% sekiranya langsaikan awal. So jumlah yang kena bayar selepas diskaun:

RM28,000 x 80% = RM22,400
RM22,400 ni tak termasuk ujrah. Tapi jangan risau, hasil daripada ASBF tu, dapat cover semuanya.

So gunakan hasil dari pelaburan ASBF tu untuk settelkan hutang PTPTN. Hutang PTPTN pun settel dalam tempoh 5 tahun. Lega nya settelkan hutang hanya tuhan je yang tahu. Atleast kurang dah beban hutang kerajaan untuk seorang. Tak perlu nak tunggu terlalu lama nak setelkan hutang belajar.

Ok, faham apa yang saya cuba sampaikan ?

Jika ada sebarang kemusykilan, boleh terus hubungi saya dengan klik link ini

No comments:

Post a Comment