=================================================================
Kadang-kadang kalau perasan, ramai kngsikan tips dengan gaji kecil, mereka boleh beli banyak rumah. Jadi hari ini saya ingin berkongsi dan merungkaikan sedikit sahaja. Mereka yang otai sudah berkongsi pelbagai tips, bagus kan? Jadi tugas kita, sesuaikanlah dengan dii kita sendiri, sebab meraka nak kita semua ada aset dan hartanah sendiri.
Kadang ada yang beritahu, gaji RM2,500 pun sudah boleh beli banyak rumah. Tapi kalau bahasa mudahnya, gaji utama sahaja RM2,500. Ada element lain belum ditambah. Jelas? ok jom baca lagi
.
.
Di mata bank, ada beberapa incme yang akan di ambil kira. Antaranya adalah income dari pelabuhan seperti hartanah dan melabur duit di instrumen pelaburan. Setiap bank berbeza kiraannya. Ada yang ambil 100%, ada yang ambil 80% dan ada yang ambil 50% sahaja.
Gaji kecil boleh beli banyak rumah, bukanlah bermaksna sekali beli 3 biji terus. Satu per satu. Lepas beli satu biji rumah, kita tambah lagi satu biji rumah.
Contoh study case:
GAJI: RM2,500
DSR: komitmen/income x 100
= 750+600+900
_____________________ x 100
2,500+900+800+1000
= 43%
Nampak!
Komitmen dalam kes ini baru 43% dari income. Income disini bukan RM2,500 dah sebab telah diambil kira dengan incoome dari hasil sewa. Nak bank ambil kira hasil sewa ini, perlulah declare dengan lembaga hasil.
Jadi, income disini telah jadi RM2,500 + RM900 + RM800 + RM1000. so total RM5,200 income.
Kalau ambil kira 80% jadi lain sikitlah kiraannya.
Sebab itu sifu-sifu selalu pesan beli rumah cepat-cepat. Mereka suruh beli rumah cepat sebab apa, nanti takut komitmen lain dah tinggi seperti loan kereta, personal loan dan sebagainya. Dah kacau DSR. Harus diingat ya, bila komitmen dah tinggi, kelayakan untuk apply loan pun dah jadi rendah.
Ada seorang bisnes partner saya, memang dia plan betul-betul untuk beli rumah. Memandangkan gaji masih kecil, beliau sambar dulu rumah low cost sebelum kahwin. So pasangan dia pun buat benda yang sama. Sebab rumah low cost ini syaratnya agak ketat sedikit dan ada sekatan tertentu. Minima gaji pun di ambil kira juga ya.
Nak cerita tentang pelaburan rumah ini, satu benda je perlu dan wajib ada. Anda perlulah ada modal juga. Cara cepat modal dapat daripada PaMa (papa dan mama) , kedua EPF akaun 2. Tapi itu pun jika EPF anda sudah banyaklah.
Cara lain dengan kumpul modal dengan ASB Financing. ASBF ini pun banyak teknik dan tricknya juga. So ambil tahu sebab benda ini mampu bantu anda untuk dapatkan rate endah.
Jadi, kita yang masih muda ini rancanglah betul-betul kewangan kita. Setiap orang ada juga sejarah hitam kewangan. Teruskan bangkit dari lopak lama.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Boleh hubungi saya untuk mohon ASB financing atau jika ada pertanyaan lanjut dengan klik link di bawah
Whatsapps saya
No comments:
Post a Comment