Monday 26 February 2018

STRATEGI ASB

Nisbah 5:3:2

=======================================================================

Apalah nisbah 5:3:2 ni ye? Benda ini mudah sahaja sebenarnya. Kalau nak katakan seperti strategi permainan bola sepak pun boleh juga.

Nisbah 5:3:2 ini adalah nisbah pelaburan anda. Sebagai orang yang bijak wang, kita sepatutnya mempelbagaikan aset pelaburan kita. Jangan letak di satu tempat sahaja.

                                                                 50% : 30% : 20%

                                                Short term : Medium term : Long term






⇨SHORT TERM ( RM500)

Untuk pelaburan jangka masa pendek ini, saya selalu nasihatkan agar kita gunakan duit ini untuk kembangkan lagi untuk kumpulkan aset. Antara produk pelaburan atau investment yang saya boleh cadangkan ialah ASB FINANCING atau nama singkatannya ASBF.

ASBF ini boleh di buat di mana-mana bank. Antaranya ialah bank CIMB, MAYBANK, BSN, AFFIN, RHB. Atau untuk lebih mudah, anda boleh mohon ASBF ini melalui saya.

Untuk aset pula kita boleh beli rumah, tanah atau kedai.

⇨ MEDIUM TERM (RM300)

Untuk pelaburan jangaka masa sederhana ini pula, anda boleh melabur dalam pelaburan unit amanah atau unit trust. Medium ini boleh di gunakan dalam 5 hingga 10 tahun akan datang atau boleh gunakan sewaktu anda pencen.

Pada masa itu, anda tidak perlu bimbang jika anak anda mahu melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti atau anda boleh pencen bergaya dengan pergi melancong ke luar negara mahupun boleh menaja majlis perkhawinan anak tersayang.

Untungnya kita rakyat Malaysia, terdapat banyak syarikat yang menyediakan medium pelaburan unit amanah atau unit trust ini. Antaranya ialah CWA, Public Mutual, RHB dan sebagainya.

⇨ LONG TERM (RM200)

Untuk pelaburan jangka masa panjang ini tidak lain tidak bukan untuk dana pencen andalah. Ye betul, seperti yang kita sedia maklum. ada di antara kita mempunyai EPF bagi yang bekerja swasta atau skim pencen bagi yang bekerja kerajaan. Tapi apa salahnya jika kita mempelbagaikan lagi atau tambah lagi dana persaraan kita.

Antara produk yang saya boleh cadangkan ialah PRS atau dalam bahasa jawanya Private Retire Skim. Ia baru sahaja di tubuhkan lebih kurang 5 tahun. Pihak kerajaan amat  menggalakkan anak muda berumur 20 tahun hingga 30 tahun menyertainya. Selain itu, pihak kerajaan juga memberi insentif bernilai RM1000.00 bagi anak muda yang berumur 20 hingga 30 tahun yang masukkan Rm1000.00 ke dalam akaun PRS nya.

Inilah masa untuk rebut peluang keemasan ini. Dengar kata, insentif itu akan berakhir pada tahun ini. Jadi, mari cepat rebut peluang terbuka ini. 

Akhir kata dari saya, sebenarnya saya sahaj letakkan nisbah 5:3:2 ini. Tidak kisahlah anda nak letak nisbah 4:4;2 ke 5:3:1 ke. Apa yang penting kita tahu dan faham apa yang kita buat. faham kadar kewangan kita. Itu sahaja. 

Jika anda rasa kurang jelas dengan penjelasan saya, boleh hubungi saya di talian whatsApps www.wasap./60194579144  

Hanafi Hamin















*

No comments:

Post a Comment