Wednesday 14 March 2018

BOLEH KE KELUARKAN DUIT AKAUN 1 KWSP UNTUK MELABUR KE UNIT TRUST?

Persoalannya boleh ke?

"Aku teringin juga nak melabur dalam unit trust. Tapi tak ada cash. Boleh ke melabur guna duit KWSP akaun 1 tu?"



Jawapannya BOLEH.

Ianya bergantung kepada jumlah wang yang kita ada dalam KWSP. Kalau tak cukup, maka kita tidak layak untuk buat pengeluaran tersebut.

Selain itu, ada beberapa syarat-syarat lain yang telah di tetapkan oleh pihak KWSP. Ini kerana kita perlu tahu yang wang di dalam KWSP adalah wang persaraan kita. Bukan mudah-mudah untuk kita keluarkan wang tersebut.

Syarat Pengeluaran Akaun 1 Untuk Pelaburan Unit Trust

1. Mulai 1 Januari 2017, ahli boleh melaburkan simpanan di bawah Skim Pengeluaran Ahli (SPA) tidak melebihi 30% daripada jumlah simpanan yang melebihi Simpanan Asas dalam akaun 1 (Sebelum in tidak melebihi 20%)

2. Pelaburan mesti di buat menerusi Institusi Pengurusan Dana (IPD) yang di lantik.

3. Jumlah minimum pelaburan ialah RM1000.00

4. Syarat-syarat am prosedur di bawah SPA yang lain masih kekal dan tidak berubah.

5. Pelaburan ii boleh di buat setiap 3 bualan selepas tarikh pelaburan sebelumnya.



Formula Pengiraan

Kalau nak tahu sama ada kita layak untuk melaburkan wang KWSP dan berapa jumlah maksimum yang boleh di laburkan. Formulanya adalah seperti berikut:

(Akaun 1 - Simpanan Asas) x 30 % = Jumlah maksimum yang boleh di laburkan

Kalau nak tahu berapa jumlah dalam akaun 1, anda boleh rujuk pejabat KWSP atau layari laman web rasmi mereka. Jumlah Simpanan Asas pula adalah seperti dalam jadual yang telah di tetapkan di bawah.


Jumlah simpanan asas adalah satu jumlah simpanan dalam akaun 1 yang di tetapkan mengikut umur. Ia bertujuan unutk melindungi ahlinya supaya dapat membiayai keperluan asas persaraan sebelum membuat pengeluaran.


Untuk maklumat lanjut,atau ingin tahu cara pengiraan kelayakan boleh hubungi saya dengan klik link ini 







No comments:

Post a Comment