Friday, 19 August 2016

TIPS KEWANGAN PALING BERKESAN

TIPS BAGAIMANA MENGURUSKAN KEWANGAN PERIBADI ANDA.





Pada awal tahun semua orang mempunyai azam dan plan menguruskan wang poket kita. Tapi, malangnya tidak ramai yang ikut plan seperti yang di rancang. Betul betul?

Lebih-lebih lagi apabila banyak sangat kehendak yang perlu di penuhi berbanding keperluan kehidupan zaman maheran ini. Setuju?

Rahsia yang perlu kita semua ketahui, nak capai sesuatu dengan penuh kejayaan adalah dengan konsep FOKUS. Kalau nak fokus, jangan ada banyak benda. Kita perlu fokus dan memilih. Antara tips kewangan yang kita perlu FOKUS dan BIJAK seperti berikut:


1. PASTIKAN ANDA DI BAYAR SETIMPAL DENGAN NILAI KERJA ANDA.

Pada kebiasaanya, graduan yang baru habis pengajian akan di momokkan untuk bekerja makan gaji. Cuba bayangkan, kita meluangkan masa selama 40 jam / minggu untuk bekerja dalam kerjaya kita. Pastikan kita di bayar setimpal dengan kebolehan kita. Selain itu, pastikan buka mata dan minda untuk mencari peluang kerja di syarikat yang sanggup bayar gaji lebih tinggi dan peluang untuk naik pangkat.

2. PASTIKAN ANDA BERBELANJA KURANG DARI PENDAPATAN ANDA.




Bayangkan team JDT mampu skor 6 gol pada separuh masa pertama, kemudian bolos 7 gol separuh masa kedua. Menang ke kalah tu?

Begitulah juga financial kita. Kalau kita earn income RM100,000 sebulan tapi kita spend RM150,000 untuk perbelanjaan kita. Ramai kan yang buat sebegini?. Jangan terkejut, lama kelamaan kita akn miskin dan muflis. 

3. DISIPLIN DENGAN BUDGET ANDA.






Tahukah anda! Ramai gila yang tak suka malah anti dengan perkataan B.U.D.G.E.T. 

Perkataan itu bukanlah kata-kata kesat untuk anda, tapi kata-kata untuk kecemerlangan anda. Ia bermula dengan Habit Baik. 

Budgetkan setiap keperluan anda, di galakkan anda buat tabung seperti: 

  • Tabung keperluan
  • Tabung Kecemasan
  • Tabung Pendidikan
  • Tabung Kesihatan
  • Tabung Simpanan kekal

4. SUMBANGKAN WANG UNTUK PERSARAAN BAHAGIA ANDA.


Pada suatu ketika dahulu, pesaraan ini adalah percuma sahaja. Kita kerja rajin-rajin, habis tempoh bekerja kita boleh bersara dengan senyum bahagia. Kini tidak lagi! 

Pada suatu ketika dahulu, harga barang keperluan murah, rumah murah, Gaji tinggi, Inflasi rendah. Kini tidak lagi!

Persaraan sangat mahal. Nak diskaun? Boleh je.. Kena start AWAL. Kalau kita hanya bergantung pada makan gaji semata-mata, ianya tidak cukup untuk hidup di zaman maheran ini. Apabila kita bermula awal, masa adalah kawan sejati kita. Ini kerana, kita ada MASA untuk beranak - pinakkan duit kita. 

Biasanya, syarikat kita bekerja akan menyumbangkan EPT dan SOCCSO sebagai benefit kerja. Tapi sebenarnya, ia tidak cukup. Buatlah investment lain untuk bersara penuh bahagia.

5. WUJUDKAN SAVING PLAN ANDA.



Yesss! Kita perlu banyak menyimpan dari belanja. PAY YOURSELF FIRST! 

Tak banyakkan pun, 10% dari gaji cukuplah.

Bayangkan, mula-mula gaji dulu kita mampu menyimpan separuh dari gaji. Tapi lama-kelamaan, komitmen bertambah, terus tiada saving. Malah tidak cukup. Jadi, pentingnya anda wujudkan saving plan anda. Di sini, anda perlu disiplin yang tinggi untuk menyimpan.

======================================================================
Sekian dahulu dari saya, semoga idea yang tak seberapa ini membawa manfaat untuk kita bersama.


Hanafi Hamin
☏ 019-4579144
✉ hanafichini08@yahoo.com.my
http://hanafihamin.blogspot.com/








2 comments:

  1. Good day. Quick loans Service available here. I am a private loan lender that gives out both business and personal loans to individual at a low interest rate of 2% no matter your location. If you are interested Contact me (Whats App) number:+917310847059 sumitihomelend@gmail.com Mr. Sumiti

    ReplyDelete