Thursday, 4 August 2016

TEKNIK BERKESAN MENGURUS GAJI BULANAN ANDA

Belajar mengurus cara newbie
=========================



Bagaimana saya agihkan perbelanjaan mingguan dan bulanan saya?

Ini adalah cara yang saya gunakan setiap kali dapat gaji mingguan sewaktu saya bekerja di kedai makan. Sebelum tu, sediakan dulu beberapa sampul mengikut keperluan. Macam saya, saya bahagikan kepada 7 :
.

1. Mak Abah
Tiap bulan, pastikan ada wang ringgit yang dihlurkan pada mak ayah kita. Banyak atau sikit itu nombor 2. Amount bergantung pada masing-masing
.

2. Kampung
Setiap bulan cubalah balik kampung, ziarah ibu bapa. Peruntukkan duit untuk belanja di kampung dan perbelanjaan minyak. 
.

3. Keperluan 50%
Untuk keperluan ni boleh pecahkan lagi untuk 
-belanja dapur
-keperluan diri 
-duit minyak
-rumah & bil-bil
.

4. ASB 28%
Bagi yang ada ASB tambah lah ASBF setiap tahun. Kalau taknak simpan di ASB pun, simpanlah di Tabung Haji. Untuk saya, saya tetapkan 28% dari income untuk ASBF. ASBF sijil yang lama, cover pakai dividen dah la. 
.

5. Derma 5%
Derma ni perkara penting. Kalau nak rasa rezeki sentiasa berpanjangan dan sentiasa rasa cukup , dermalah selalu. Cuba pecahkan derma dalam 2 bentuk. 
-wang 
Wang ni pula, bawa duit kecik-kecik. kalau ada 3 tabung, masukkan ke semua tabung yang ada. Contoh, di masjidkan ada tabung derma anak yatim, pembinaan tahfiz dan pembinaan masjid, masukkan duit ke setiap tabung.


Sebagai Contoh:
- Pisang
Pisang ni letaklah di masjid-masji berdekatan anda. Belilah pisang 2 atau 3 sikat ke. Kebiasaan pisang yang sesuai untuk dimakan mentah adalah pisang emas, berangan dan montel. 
Dapat pisang berangan pun dah ok. Baru RM3.50/kg.


- Tabung Rm1/ Tabung Magnet Duit
Sediakan satu tabung kecil di rumah. Pastikan setiap hari anda masukkan RM1 selepas solat subuh ke dalam tabung tersebut. Apabila cukup hujung bulan, anda sedekahkan pada masjid atau anak yatim.
.


6. Kecemasan 7%
- duit ni perlu standby setiap bulan, mana tahu ada beraku apa-apa kecemasan ke.Kotlah tayar pecah ke, kereta rosak ke atau ada saudara meninggal ke. So, duit ni lah yang kita akan gunakannya. 
.

7. Enjoy 10%
Enjoy ni macam biasalah. Nak reward diri sikit . Nak makan sedap-sedap sikit dekat kedai. Lepak tengok wayang. Macam saya, memang tiap bulan akan tengok wayang. Zaman bujang dulu, kalau orang ajak tengok wayang memang tak pernah saya tolak. 
Sekarang ni tengok dengan si dia berdua . Yang mana nyorok-nyorok nak sorok couple tu, korang cari je dorang dekat panggung wayang time malam. Mesti ada jumpa punya.. 
.
.
Setiap percent% tu anda setlah dalam excell. Baru nampak comel dan tahu jumlahnya. Dah tahu jumlahnya baru masukkan dalam sampul. Sampul jangan lawa-lawa sangat, Nanti rasa sayang nak masuk duit susah pula. 
So nak masuk bulan berikutnya, anda akan tengok berapa baki yang tinggal setiap sampul. Rasa "feel" tau bila tengok ada baki di sampul-sampul yang kita agihkan tu. 

Kalau rasa bermanfaat, boleh lah follow step ni. Pecahan percent% tu, ekutlah kemampuan anda. Kalau tak buat macam ni, maybe anda akan terbabas. Saya buat ni sebelum saya jadi consultant. 

Kalau anda bergaji 3000 sebulan, tapi cara hidup seperti orang bergaji 1500 sebulan, anda mampu menyelamatkan dan saving baki RM1500 sebulan tu. 

Setuju ???
.

Ada satu kata-kata hikmah yang Doktor saya bagi.
"Anda dalam keadaan bahaya kalau anda sedang selesa hari ni"
.

TERUSKAN SHARE UNTUK MANFAAT BERSAMA


===============================================================================


Hanafi Hamin
☏ 019-4579144
✉ hanafichini08@yahoo.com.my
http://hanafihamin.blogspot.com/

https://www.facebook.com/hanafi.hamin.7

No comments:

Post a Comment