Friday 29 July 2016

HIMPUNAN TEKNIK ROLLING ASB- FINANCING

PERBANDINGAN BERLARI DAN BERJALAN
==================================================

WATAK :
DIANA & AMIR ( bukan nama sebenar dan bukan amir syahir)

SITUASI :

DIANA
: Diana nak buat pembiayaan ASB 100k dan ikat selama 10 tahun dengan alasan dia boleh dapat duit 100k tu cepat. sebulan beliau kena bayar di bank RM1070. 

AMIR
: Amir seorang yang mengkaji sebelum buat pelaburan. Beliau buat keputusan untuk buat pembiayaan ASB 200k selama 30 tahun. Sebulan beliau kena bayar di bank RM1100. Tapi beliau nak terminate pembiayaannya pada tahun ke 10.

----------------------------------------------------------------------------------

Persamaan mereka adalah :
1-Melabur untuk tempoh 10 tahun
2- Modal tahun pertama lebih kurang sama.
3- Mereka guna kaedah rolling dividen

KIRAAN teknik ROLLING:
............................................

1. DIANA

RM100K > 10TAHUN

RM1070/BULAN > RM12480/TAHUN
DIVIDEN > RM100K x 7.25% = RM7, 250/TAHUN

BAYARAN > RM7, 250 – RM12, 480 = -RM5, 230
TOPUP > RM5, 230 X 9TAHUN = RM47, 070

MODAL > RM47, 070 + RM12480 = RM59, 550

HASIL UNTUNG > RM100, 000 – RM59, 550 + RM7, 250
= RM47, 700

::::::::::::::::::
MODAL RM 60, 000 :::::::::::::::::
:::::::::::
UNTUNG BERSIH RM47, 700 ::::::::::::

2. AMIR

RM200K > 30TAHUN > TERMINATE TAHUN KE10

RM1100/BULAN > RM13200/TAHUN
DIVIDEN > RM200K x 7.25% = RM14, 500/TAHUN

BAYARAN > RM14, 500 – RM13, 200 = RM1800
SIMPAN > RM1300 x 9TAHUN = RM11, 700

TERMINATE > RM200, 000 – RM164, 000 = RM36, 000

HASIL UNTUNG > RM11, 700 + RM36, 000 + RM14, 500 – RM13,200
= RM49, 000

:::::::::::::::::
MODAL RM13, 200 :::::::::::::::::::::::::
::::::::::::
UNTUNG BERSIH RM49, 000 ::::::::::::::::

PENGAJARAN :
Daripada kena topup bayaran RM5000/tahun ada baiknya dia tambah lagi pelaburan ASB 75k setiap tahun.

So anda nak jadi seperti DIANA atau AMIR ?
Kalau saya nak jadi diri sendiri.

===================================================
Coretan bebelan :

Ini antara sebab mengapa saya tidak berapa setuju, client yang buat pembiayaan ASB ambil tempoh pembiayaan yang singkat dan volume yang kecil. Sepatutnya dia boleh memaksimakan volume yang besar dan pembiayaan yang panjang. Di sini kita akan tahu " THE POWER of VOLUME " . Tak perlu takut pun sebenarnya ambil pembiayaan panjang, kerana anda bila-bila boleh terminate. Tak semua juga client yang tahu pembiayaan ASB boleh terminate pada bila-bila masa sahaja.

Pesanan :

Dalam ilmu pelaburan, kita kena tahu buat perbandingan. Kenapa kita pilih cara A, mengapa tak pilih B. Berapa modal kita kena keluar? , berapa duit kita kena topup? dan berapa anggaran pulangan. ?

PULANGAN dan MODAL adalah antara perkara yang terpenting walaupun kita tidak boleh kawal keuntungan yang kita akan dapat, sekurangnya kita dapat buat annggaran berdasarkan potensi-potensi sebelumnya.

Dari situ kita dapat analisa kekuatan kewangan dan modal kita dan kita boleh memaksimakan peluang yang ada.

Umur seseorang bukan menentukan dia otai atau tak dalam pelaburan. Dalam pelaburan tiada istilah "siapa makan garam dahulu" .

So tiada isu ASB tipu lah, BANK nak makan lebih lah. Sedangkan kita tak buat kira-kira sebelum melabur.

"TEGUR SAYA JIKA SALAH "
----------------------------------------------------------------------------------
Harapan & Impian adalah Percuma.
Yang mahal adalah Action..
Fast action fast result


=================================================================================

HANAFI HAMIN
019-4579144
hanafihamincwa@gmail.com

5 comments: