Friday 22 July 2016

TIPS MUDAH STUDENT KUMPUL ASBF 200K SELAMA 4 TAHUN

IDEA STUDENT ADA ASB FINANCING 200K
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



1. Andaikan 2016 Tahun pertama belajar.


Katakan anda ada lebihan duit sebanyak RM2000 setahun dari hasil berjimat cermat dan online bisnes ataupun lebihan biasiswa. Cara anda dapatkan duit tu terpulang pada masing-masing

Apply ASB Financing 30k dengan bayaran bulanan RM165 sebulan ataupun RM2000 setahun. 

Sekiranya dividen pada tahun 2016 adalah 7.25% ,
RM30k x 7.25% = RM2175. 
Jadinya anda telah menerima dividen RM2175. 

Dengan duit dividen ini, anda gunakan untuk apply ASB financing 30k pada tahun ke-2. ASB financing yang pertama kekalkan bayar seperti biasa dengan duit poket dari hasil penjimatan dan bisnes online ataupun biasiswa. 

RM2175-RM2000 = RM175 baki


Anda kekalkan bayaran seperti biasa untuk ASB financing 30k yang pertama.
===============================================================================

.

2. 2017 Tahun kedua belajar

Pada tahun kedua, ASB financing anda telah meningkat menjadi RM60k dengan teknik rolling dividen. 

Sekiranya dividen maintain dengan 7.25% pada tahun 2017
RM60k x 7.25% = RM4350.

Gunakan deviden tersebut untuk apply ASB financing 30k yang ketiga anda dan bayar lumsum untuk ASB Financing yang tahun ke dua.

RM4350-RM4000=RM350 baki

ASB financing yang pertama anda kekalkan bayar seperti biasa . 
================================================================================

.

3. 2018 Tahun ke3 


Anda telah ada ASB Financing 90k
Dividen = 7.25%
RM90k x 7.25% = RM6525

Gunakan dividen tersebut untuk apply ASB financing yang ke 4 dan bayar ASB financing yang ke2 dan ke3. ASB financing yang pertama, bayar seperti biasa guna duit poket dari hasil anda berjimat.

RM6525-RM6000= RM525 baki
=================================================================================

.

4. 2019 tahun ke 4

Pada tahun ini anda telah ada ASB financing 120k dengan kaedah rolling dividen dan maintain bayar untuk ASB financing yang pertama. 

Dividen pada tahun ni,
RM120k x 7.25% = RM8700

Selepas tahun ke 4 anda terminate semua sijil anda. 
=================================================================================

.

5. Hasil tuaian awal 2020


Jumlah yang akan anda dapat
Dividen terakhir + lebihan baki + hasil terminate
= 8700+ 1050 + 4502
=RM14252 

Dengan jumlah ni anda boleh apply ASB financing 200k yang baru dengan modal RM13200. So ada total baki dalam 1k tu, anda berbelanja lah untuk reward diri. 

"Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Teruskan perjuangan seterusnya pula.."

================================================================================
NOTA: 
- anggaran kiraan sekiranya dividen 7.25% setahun
-bonus 0.25% setahun
- kiraan berdasarkan pelaburan cukup 4tahun
- kiraan rujuk pada gambar
-boleh semak dengan financial calculator apps
-tolong tegur kalau ada salah

=================================================================================


6. Cara mudah faham!!

Dengan RM2000 setahun, 
anda tukarkan kepada ASB financing 30k 
dan rolling duit dividen untuk bayar installment tahun berikutnya. 


OK lah kan tamat belajar dah ada ASB financing 200k.

30k -- 60k -- 90k -- 120k -- terminate -- 200K





Hanafi Hamin
☏ 019-4579144
✉ hanafichini08@yahoo.com.my
http://hanafihamin.blogspot.com/







1 comment:

  1. Pelajar lepas ker buat loan ASB? Apabila check online perlukan slip gaji or 6 bulan statement tabung haji?

    ReplyDelete