Wednesday 14 March 2018

BOLEH KE KELUARKAN DUIT AKAUN 1 KWSP UNTUK MELABUR KE UNIT TRUST?

Persoalannya boleh ke?

"Aku teringin juga nak melabur dalam unit trust. Tapi tak ada cash. Boleh ke melabur guna duit KWSP akaun 1 tu?"



Jawapannya BOLEH.

Ianya bergantung kepada jumlah wang yang kita ada dalam KWSP. Kalau tak cukup, maka kita tidak layak untuk buat pengeluaran tersebut.

Selain itu, ada beberapa syarat-syarat lain yang telah di tetapkan oleh pihak KWSP. Ini kerana kita perlu tahu yang wang di dalam KWSP adalah wang persaraan kita. Bukan mudah-mudah untuk kita keluarkan wang tersebut.

Syarat Pengeluaran Akaun 1 Untuk Pelaburan Unit Trust

1. Mulai 1 Januari 2017, ahli boleh melaburkan simpanan di bawah Skim Pengeluaran Ahli (SPA) tidak melebihi 30% daripada jumlah simpanan yang melebihi Simpanan Asas dalam akaun 1 (Sebelum in tidak melebihi 20%)

2. Pelaburan mesti di buat menerusi Institusi Pengurusan Dana (IPD) yang di lantik.

3. Jumlah minimum pelaburan ialah RM1000.00

4. Syarat-syarat am prosedur di bawah SPA yang lain masih kekal dan tidak berubah.

5. Pelaburan ii boleh di buat setiap 3 bualan selepas tarikh pelaburan sebelumnya.



Formula Pengiraan

Kalau nak tahu sama ada kita layak untuk melaburkan wang KWSP dan berapa jumlah maksimum yang boleh di laburkan. Formulanya adalah seperti berikut:

(Akaun 1 - Simpanan Asas) x 30 % = Jumlah maksimum yang boleh di laburkan

Kalau nak tahu berapa jumlah dalam akaun 1, anda boleh rujuk pejabat KWSP atau layari laman web rasmi mereka. Jumlah Simpanan Asas pula adalah seperti dalam jadual yang telah di tetapkan di bawah.


Jumlah simpanan asas adalah satu jumlah simpanan dalam akaun 1 yang di tetapkan mengikut umur. Ia bertujuan unutk melindungi ahlinya supaya dapat membiayai keperluan asas persaraan sebelum membuat pengeluaran.


Untuk maklumat lanjut,atau ingin tahu cara pengiraan kelayakan boleh hubungi saya dengan klik link ini 







PELABURAN UNIT TRUST TANPA TUNAI

Assalamualaikum, hai selamat pagi semua. Selamat sejahtera. Moga-moga kita dalam keadaan sihat dan ceria.

Baik, hari ini saya nak kongsi pelaburan unit trust atau unit amanah tanpa pengeluaran tunai. Sebenarnya, pelaburan ini melalui KWSP akaun 1. 



Sebenarnya pengeluaran akaun 1 KWSP ini ramai yang masih tidak tahu. Selain pengeluaran semasa pencen ia juga boleh di keluarkan pada masa sekarang. Cuma, pengeluaran tersebut bukanlah dalam bentuk tunai seperti akaun 2. 

Saya suka nasihatkan, keluarkanlah sebahagian duit di akaun 1 dan masukkan ke dalam akaun unit trust supaya kita dapat gandakan lagi duit. Bak kata orang tua-tua, biarkan kita membiakkan duit kita.



Insha Allah, sifat cakna kita sekarang mampu menggandakan lagi duit bilamana kita pencen. Kita boleh pencen dengan penuh bergaya. Mampu membiayai kos pembelajaran anak-anak, mampu pergi melancong dalam dan luar negara tanpa perlu fikirkan soal wang, mampu membiayai majlis perkahwinan anak. Wow! semuanya kita mampu jika kita cakna untuk melabur dalam unit trust pada hari muda kini.

Tapi tak semua layak untuk buat pengeluaran, sebab kelayakan itu telah di tetapkan oleh pihak KWSP. Untuk semak kelayakan, pencarum perlu beritahu umur dan jumlah terbaru akaun 1 KWSP. 

Ramai yang dah berjaya keluarkan dan gandakan duit dalam akaun 1 dengan strategi yang betul. Yang penting setiap 3 bulan pencarum mesti konsisten melabur. 

Yang paling penting, sememangnya kita tak mengganggu kos perbelanjaan harian kita pun. 

Senang bukan?

Jom semak kelayakan untuk anda melabur sekarang!

Hubungi saya di talian whatApps sekarang HanafiHamin

Tuesday 13 March 2018

CARA PENGIRAAN DIVIDEN ASB 2017


BOLEH KE KELUARKAN DUIT AKAUN 1 KWSP UNTUK MELABUR KE UNIT TRUST?

Persoalannya boleh ke?

"Aku teringin juga nak melabur dalam unit trust. Tapi tak ada cash. Boleh ke melabur guna duit KWSP akaun 1 tu?"



Jawapannya BOLEH.

Ianya bergantung kepada jumlah wang yang kita ada dalam KWSP. Kalau tak cukup, maka kita tidak layak untuk buat pengeluaran tersebut.

Selain itu, ada beberapa syarat-syarat lain yang telah di tetapkan oleh pihak KWSP. Ini kerana kita perlu tahu yang wang di dalam KWSP adalah wang persaraan kita. Bukan mudah-mudah untuk kita keluarkan wang tersebut.

Syarat Pengeluaran Akaun 1 Untuk Pelaburan Unit Trust

1. Mulai 1 Januari 2017, ahli boleh melaburkan simpanan di bawah Skim Pengeluaran Ahli (SPA) tidak melebihi 30% daripada jumlah simpanan yang melebihi Simpanan Asas dalam akaun 1 (Sebelum in tidak melebihi 20%)

2. Pelaburan mesti di buat menerusi Institusi Pengurusan Dana (IPD) yang di lantik.

3. Jumlah minimum pelaburan ialah RM1000.00

4. Syarat-syarat am prosedur di bawah SPA yang lain masih kekal dan tidak berubah.

5. Pelaburan ii boleh di buat setiap 3 bualan selepas tarikh pelaburan sebelumnya.


Untuk maklumat atau sebarang pertanyaan boleh hubungi saya di talian whatsApps Hanafihamin



CARA PENUHKAN SIJIL ASB 200K DENGAN KOMITMEN RM268 SEBULAN

Assalamualikum semua,

Hi kita bertemu lagi dalam entry kali ini. Saya doakan semoga kalian sihat dan ceria selalu. Baik, berbalik kepada tajuk utama yang saya nak sentuh kali ini. Bagaimana dengan RM268 je kita mampu penuhkan ASBF 200K?

Menarik bukan? Nak tahu lebih lanjut, jom ikut saya kupas tajuk ini sampai anda faham.

Bagi individu yang bergaji kecil atau komitmen sudah tinggi, pasti berasa amat sukar untuk memiliki sijil ASB 200K. Yang mana memerlukan komitmen bulanan sebanyak RM1068

Arguments, jika ada ilmu anda sebenarnya boleh memiliki sijil ASB 200K dengan bermodalkan RM268 sebulan sahaja. Tapi anda memerlukan strategi yang betul dan kesabaran yang tinggi.

Teknik yang sesuai digunakan adalah Teknik HYBRID iaitu gabungan Teknik Rolling Dividen dan Teknik Compounding.
.
.
.



LANGKAH-LANGKAH

Langkah Pertama
Pada tahun pertama, apply ASBF 50K.
Keuntungan bank 4.8%
Tempoh pembiayaan 30 tahun
Bayaran bulanan Rm268

Anda bayar selama 12 bulan @ setahun sahaja. Selepas setahun anda akan dapat dividen. Gunakan dividen untuk bayar ansuran tahun kedua. Ulang langkag ini pada tahun seterusnya sehingga matlamat anda tercapai.

 ⇒ Langkah Kedua
Pada tahun kedua, komitmen bulanan anda kembali sifar kerana ansuran aijil 50K yang pertama dibayar menggunakan diviven. Tiba masanya untuk anda apply sijil ASB 50K yang kedua.

Untuk sijil yang kedua , bayar selama setahun sahaja dan gunakan teknik rolling dividen.


Langkah Ketiga
Pada tahun ketiga, komitmen kembali sifar kerana ansuran siil ASB 50K yang pertama dan kedua dibayar menggunakan dividen. Jadi anda apply sijil ASB 50K yang ketiga.

Ulang seperti sijil pertama dan  kedua menggunakan teknik rolling dividen.

Langkah Keempat
Pada tahun keempat, komitmen anda kembali sifar. Jadi tiba masanya untuk anda apply sekali lagi sijil ASB 50K. Kini anda sudah memiliki sijil ASB sebanyak 200K.

Untuk sijil keempat ini, disarankan untuk menggunakan teknik compounding supaya hasil simpanan anda lebih tinggi.

*** Jika berminat untuk penuhkan sijil ASB2 lagi 200K, teruskan langkah-langkag yang sama sehingga tahun kelapan. Anda bakal memiliki sijil 400K dengan komitmen bulanan adalah sebanyak Rm268 sebulan sahaja. Wow! menarik bukan?

Untuk maklumat lanjut, anda boleh bertanya atau mahu memohon ASBF dengan saya. Boleh hubungi saya di talian 019-4579144

atau klik je link ini ⇩⇩⇩

HanafiHamin











Monday 5 March 2018

PNB KREDIT BONUS KHAS UNTUK PEMEGANG UNIT ASB

Wahhh...pemegang unit Amanah Saham Bumiputera dapat bonus

Pemodalan Nasional Berhad (PNB) akan mengkreditkan bonus khas sebanyak satu seunit bagi RM10,000 unit pertama kepada pemegang unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) sempena ulang
10tahun ke-40 PNB pada 17 Mac 2018. Bonus Khas itu yang diumumkan itu pada Disember 21017 berjumlah RM255.12 juta beserta pengagihan pendapatan dan bonus yang telah diagihkan sebelum ini sebanyak RM10.48 billion. Hal ini akan memberi manfaat kepada 9.1 juta pemegang unit yang melanggan lebih 145 billion unit ASB

Pengagihan pendapatan tujuh sen seunit dan bonus 0.25 sen seunit untuk ASB bagi tahun kewangan  
berakhir 31 Disember 2017 telah dikreditkan ke dalam akaun pemegang unit pada 1 Januari 2018.




Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Abdul Wahid Omar, berkata dalam satu kenyataan, bonus khas ulangtahun itu merupakan penghargaan PNB kepada pemegang unit yang sentiasa setia menyokong mereka selama ini.

"Hari ini syarikat pengurusan unit amanah PNB iaitu Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) adalah syarikat unit amanah terbesar di Malaysia dengan 228 billion dalam edaran yang mana 67.3 peratus adalah unit-unit ASB". katanya lagi, "Kami amat menghargai sokongan pemegang unit dan gembira untuk menghadiahi mereka bonus khas ulangtahun yang dibayar daripada dana proprietari PNB sendiri".  



PNB berkata dengan ini lebih 7.5 juta pemegang unit dengan pegangan sehingga 10,000 unit akan  menerima pulangan efektif sebanyak 8.25 sen seunit manakala tambahan 1.7 juta pemegang unit akan menerima sekurang-kurangnya 7.25 sen seunit 

"Pengiraan pengagigan bonus khas adalah tertakluk kepada purata baki bulanan minimum selama 12  bulan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017, bagi 10,000 unit pertama sahaja," kata PNB.

Pemegang unit boleh menyemak dan mengemas kini akaun masing-masing melalui portal baharu ASNB, myasnb.com.my atau di mana-mana cawangan atau ejen ASNB di seluruh negara.