Wednesday 1 November 2017

5 MINIT FAHAM KONSEP ASB FINANCING



Bagi yang mahu memulakan pelaburan menggunakan kaedah financing, ada baiknya jika kita fahamkan dahulu selok belok pelaburan kita. Bukan untuk orang lain, untuk diri kita juga kan?

Selain itu, ramai juga yang salah faham, katakan buat ASBF 200k nanti bank akan bagi dekat kita 200k itu kemudian kita sendiri yang akan laburkan 200k tadi ke ASB. Dan setiap bulan kita bayar mengikut jumlah yang telah di tetapkan dalam jadual pembayaran.

Sebenarnya, konsep itu SALAH!!!

Kalau bank bagi duit cash sedebuk macam tu dekat kita, nescaya ramai yang tidak akan melabur dekat ASB. Agaknya esok dah berada dekat oversea siap upload gambar dalam media sosial. Enjoy sakan orang kata. Bank pun tahu, korang bukan jujur sangat.

So apa yang bank cuba buat?
Kenapa perlu meminjam untuk melabur?
Dah banyak sangat hutang, ni nak berhutang lagi?
Dah tidak ada duit tu, buat jelah cara tak ada duit. 

kata sesetengah orang.

JOM, kita fahamkan konsep ASB Financing yang sebenar.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

KONSEP ASB MUDAH
=================

1.
Bayangkan kita mahu melabur dalam ASB Financing 200k, tapi kita tidak ada duit cash sebanyak itu. Jadi, di sinilah fungsi bank. Bank bagi kita fasiliti pembiayaan 200k kepada kita, dengan bulanan serendah RM1050. Tapi bank mesti nak bahagian dia juga sebab dia bukanlah badan kebajikan yang senang nak tolong orang secara percuma ni.

2.
Jadi, 200k tadi di tukar kepada SIJIL ASB 200k. Sijil inilah yang di laburkan. Tapi sijil ini di pegang oleh pihak bank. Dan sebab itu jugalah, ASB ini bukan hak milik kita sepenuhnya. Dan tidak diwajibkan membayar zakar mengikut jumlah 200k itu tadi.

3.
Seterusnya, Sijil 200k di laburkan ke ASB. Dan ASB bayar dividen pada setiap tahun megikut keuntungan yang ASB peroleh. Contoh, katakanlah dividen 7%. So kita akan dapat 12/12*7% = RM14,000. Angka 12 itu menunjukkan setahun dan dividen dikira mengikut baki terendah setiap bulan. Setakat hari ini, pelabur ASB tidak pernah alami kerugian atau negatif.

4.
So, kita akan dapat lihat RM14,000 itu akan masukan ke dalam akaun ASB pada bulan 1. Jumlah ASB kita sudah jadi RM214,000

5.
ASB ni unik. Sebab ia mudah untuk dicairkan. kalau kita tidak keluarkan dividen, tahun berikutnya ASB kita dikira berdasarkan RM214,000. Tapi kalau kita keluarkan dividen, ASB kita dikira berdasarkan RM200,000 sahaja.

6.
Dengan duit RM14,000 itu tadi, ada sesetengah orang buat modal untuk rolling balik untuk tahun seterusnya, ada orang keluarkan untuk bayar rumah, untuk bayar kereta dan sebagainya. Tapi ada yang lagi bijak, dia keluarkan duit dividen setiap bulan. 

7.
Sebenarnya, ASB ini benchmark bagi pelabur-pelabur lain. Sebab apa, sebab bagi mereka kalau tak boleh buat untung 7% setahun, baik aku melabur di ASB je, Tak perlu pening kepala, sebab ASB ni harganya tetap untung. Cuma kecil atau besar sahaja.

8.
Cuma bezanya buat ASBF ni, ada beberapa keuntungan yang boleh diperoleh. Antaranya:

+ Dividen
+ Bonus
+ Surrender value@ principal
+ Surrender

NOTA, dividen 7% bukanlah dividen tetap ASB, cuma untuk memudahkan pengiraan di atas sahaja.


Setakat ini, anda bakal pelabur dan pelabur bijak boleh faham? Jika ada apa-apa soalan boleh terus hubungi saya di talian WhatsApps 019-4579144

Hanafi Hamin




4 comments: