Friday, 19 August 2016

TIPS KEWANGAN PALING BERKESAN

TIPS BAGAIMANA MENGURUSKAN KEWANGAN PERIBADI ANDA.





Pada awal tahun semua orang mempunyai azam dan plan menguruskan wang poket kita. Tapi, malangnya tidak ramai yang ikut plan seperti yang di rancang. Betul betul?

Lebih-lebih lagi apabila banyak sangat kehendak yang perlu di penuhi berbanding keperluan kehidupan zaman maheran ini. Setuju?

Rahsia yang perlu kita semua ketahui, nak capai sesuatu dengan penuh kejayaan adalah dengan konsep FOKUS. Kalau nak fokus, jangan ada banyak benda. Kita perlu fokus dan memilih. Antara tips kewangan yang kita perlu FOKUS dan BIJAK seperti berikut:


1. PASTIKAN ANDA DI BAYAR SETIMPAL DENGAN NILAI KERJA ANDA.

Pada kebiasaanya, graduan yang baru habis pengajian akan di momokkan untuk bekerja makan gaji. Cuba bayangkan, kita meluangkan masa selama 40 jam / minggu untuk bekerja dalam kerjaya kita. Pastikan kita di bayar setimpal dengan kebolehan kita. Selain itu, pastikan buka mata dan minda untuk mencari peluang kerja di syarikat yang sanggup bayar gaji lebih tinggi dan peluang untuk naik pangkat.

2. PASTIKAN ANDA BERBELANJA KURANG DARI PENDAPATAN ANDA.




Bayangkan team JDT mampu skor 6 gol pada separuh masa pertama, kemudian bolos 7 gol separuh masa kedua. Menang ke kalah tu?

Begitulah juga financial kita. Kalau kita earn income RM100,000 sebulan tapi kita spend RM150,000 untuk perbelanjaan kita. Ramai kan yang buat sebegini?. Jangan terkejut, lama kelamaan kita akn miskin dan muflis. 

3. DISIPLIN DENGAN BUDGET ANDA.






Tahukah anda! Ramai gila yang tak suka malah anti dengan perkataan B.U.D.G.E.T. 

Perkataan itu bukanlah kata-kata kesat untuk anda, tapi kata-kata untuk kecemerlangan anda. Ia bermula dengan Habit Baik. 

Budgetkan setiap keperluan anda, di galakkan anda buat tabung seperti: 

  • Tabung keperluan
  • Tabung Kecemasan
  • Tabung Pendidikan
  • Tabung Kesihatan
  • Tabung Simpanan kekal

4. SUMBANGKAN WANG UNTUK PERSARAAN BAHAGIA ANDA.


Pada suatu ketika dahulu, pesaraan ini adalah percuma sahaja. Kita kerja rajin-rajin, habis tempoh bekerja kita boleh bersara dengan senyum bahagia. Kini tidak lagi! 

Pada suatu ketika dahulu, harga barang keperluan murah, rumah murah, Gaji tinggi, Inflasi rendah. Kini tidak lagi!

Persaraan sangat mahal. Nak diskaun? Boleh je.. Kena start AWAL. Kalau kita hanya bergantung pada makan gaji semata-mata, ianya tidak cukup untuk hidup di zaman maheran ini. Apabila kita bermula awal, masa adalah kawan sejati kita. Ini kerana, kita ada MASA untuk beranak - pinakkan duit kita. 

Biasanya, syarikat kita bekerja akan menyumbangkan EPT dan SOCCSO sebagai benefit kerja. Tapi sebenarnya, ia tidak cukup. Buatlah investment lain untuk bersara penuh bahagia.

5. WUJUDKAN SAVING PLAN ANDA.



Yesss! Kita perlu banyak menyimpan dari belanja. PAY YOURSELF FIRST! 

Tak banyakkan pun, 10% dari gaji cukuplah.

Bayangkan, mula-mula gaji dulu kita mampu menyimpan separuh dari gaji. Tapi lama-kelamaan, komitmen bertambah, terus tiada saving. Malah tidak cukup. Jadi, pentingnya anda wujudkan saving plan anda. Di sini, anda perlu disiplin yang tinggi untuk menyimpan.

======================================================================
Sekian dahulu dari saya, semoga idea yang tak seberapa ini membawa manfaat untuk kita bersama.


Hanafi Hamin
☏ 019-4579144
✉ hanafichini08@yahoo.com.my
http://hanafihamin.blogspot.com/








Wednesday, 17 August 2016

PERLU KE AMBIL INSURANS APABILA BUAT ASB FINANCING?

Assalamualaikum, salam sejahtera semua.

Hari ini rasa berbesar hati untuk berkongsi ilmu mengenai insurans/ takaful.

Sebenarnya, insurans ni OPTIONAL sahaja.

Pilihan masing-masing untuk ambil atau tidak, Ikut plan dan selera investment masing-masing.

Apa yang penting, fahami dahulu kelebihan dan kekurangan keputusan yang bakal kita buat. Baru jelas matlamat dan goals untuk kita capai. Betul betul?



CONTOH;

Hannah: Max Profit
=======================================================================

  • Terminate Awal: 1-3 tahun
  • Nak untung maksimum  daripada setiap sen melabur
  • Ada goals dalam masa terdekat. Contoh: nak kahwin, nak beli kereta 
  • Modal semput-semput
Saya cadangkan Hannah buat ASBF TANPA INSURANS
.

Hanim: Investment Security
========================================================================
  • Memaksimumkan harta untuk waris jika meninggal.
  • Ada extra fund.
  • Seorang yang sanggup berkorban demi keluarga tercinta dan berpandangan jauh. 
  • Terminate 1-5 tahun
Saya cadangkan Hanim buat ASBF DENGAN INSURANS PENDEK atau panjangkan tempoh terminate
.

Husna: Ikut-ikut orang
========================================================================
  • Buat ASBF ikut-ikut orang
  • Main sain sahaja
Saya cadangkan ikut jelah nak ambil full insurans pun. hehe..Gurau je. 
Kita share ilmu berkaitan dengan Husna supaya dia faham dan jelas mengenai ASBF dan INSURANS
.

Kesimpulannya:
Terpulanglah kepada anda semua, nak jadi macam Hannah, Hanim atau Husna. Pilihan selalunya ada di tangan kita. Jadilah bijak dalam memilih.
.


Sekian dari saya. Semoga daripada sedikit ilmu ini kita akan dapat manfaat bersama.


Hanafi Hamin
☏ 019-4579144
✉ hanafichini08@yahoo.com.my
http://hanafihamin.blogspot.com/
https://www.facebook.com/hanafi.hamin.7

Sunday, 14 August 2016

TEKNIK MACHINE ATM ASB-i

PELABURAN ASBF CARA NEWBIE ( TEKNIK MACHINE ATM)

================================================================================

Hikayat ASB Naga Tasik Chini by Hanafi Hamin
.

.

1. Tahun pertama, anda apply ASBF 200k dengan installment RM1100/bulan bersamaan RM13,200/tahun
Katakan dividen diumum pada tahun tersebut adalah 7.5%, Hasil dividen yang anda dapat adalah RM15,000 .
.

2. Tahun ke-2, anda gunakan duit dividen RM15,000 tersebut untuk beli kereta viva auto cash sekitar harga RM14k-RM15k untuk dijadikan kereta sewa. Kenapa auto? Sebab nanti ramai gadis-gadis boleh sewa. Normal rate sewa kereta viva adalah :
.

1jam = RM7 (Minima sewa 3jam )
3jam = RM20
½ hari = RM70
1hari = RM100

Normal kalau cuti sabtu ahad memang full boked 1 hari penuh. Kita buat andaian ringkas hasil sewaan sebulan
.

1hari x 8kali = RM800
½ hari x 10kali = RM700
3jam x 8kali = RM160

TOTAL = RM1660/bulan
.

3. Gunakan RM1100 dari RM1660 tu untuk bayar bulanan ASBF pada tahun ke-2. Masih ada baki RM560/bulan. So hasil sewa kereta boleh cover bulanan ASBF. Selebihnya bolehlah buat survice untuk diri n kereta sikit.
.

4. Masuk tahun ke 3, bila dapat je dividen ASBF RM15,000 pada tahun ke-2 angkat lagi sebiji kereta viva CASH AUTO 1.0 . So anda telah ada kereta sewa ke-2 yang menjadi mesin ATM anda dan boleh memberi income kepada anda dan cover bulanan ASB anda.
.

5. Income dari hasil sewa 2biji kereta anda adalah RM1660x2biji = RM3320. Gunakan RM1100 sebulan untuk bayar ASBF 200k anda tu dan selebihnya RM2,220 buat survive untuk kereta dan diri anda.
.

6. Tahun ke-4 dan ke-5, anda Repeat step diatas sehingga anda ada 4biji kereta. Macam biasa, dapat je dividen angkat sebiji kereta viva cash. Ketika ini income anda Rm1660x4biji = Rm6640. So anda gunakan RM1100 untuk bulanan ASBF dan masih ada baki RM5540.
.

7. Pada tahun ke 6, kalau anda stop beli kereta dah, anda akan ada income RM6640 sebulan dan dividen RM15,000 setahun .
.

8. Ada cara untuk buat bisnes ni part time dan bukan full time. Setiap tahun cari kereta SUB untuk disewa, yang mana keuntungan anda share 50% 50% dengan owner. Hasil dari kereta sub tu buatlah upah pekerja.
.

9. Kalau anda follow dengan kereta sub, Hasil yang anda boleh dapat setelah tahun ke-5 adalah :
.

INCOME RM9960/bulan
4biji kereta sendiri n 4biji kereta sub
DIVIDEN RM15,000/tahun
PRINCIPAL dari ASB 200k
.

Teknik ni boleh dibuat di university, sebab normally student university memang nak sewa kereta . Bayangkan student university ada 15k-20k orang.
.

Teknik diatas boleh dikembangkan lagi sebenarnya. Tapi malas lah tulis panjang-panjang. Nanti bukan korang baca pun.
.

Jangan lupa SHARE .
Jadilah orang yang tak kedekut dengan ILMU.
ILMU semua milik Allah.
.


Tolong tegur kalau saya ada salah kira.
.

Hanafi Hamin
019-4579144
CWA consultant

Thursday, 4 August 2016

TEKNIK BERKESAN MENGURUS GAJI BULANAN ANDA

Belajar mengurus cara newbie
=========================



Bagaimana saya agihkan perbelanjaan mingguan dan bulanan saya?

Ini adalah cara yang saya gunakan setiap kali dapat gaji mingguan sewaktu saya bekerja di kedai makan. Sebelum tu, sediakan dulu beberapa sampul mengikut keperluan. Macam saya, saya bahagikan kepada 7 :
.

1. Mak Abah
Tiap bulan, pastikan ada wang ringgit yang dihlurkan pada mak ayah kita. Banyak atau sikit itu nombor 2. Amount bergantung pada masing-masing
.

2. Kampung
Setiap bulan cubalah balik kampung, ziarah ibu bapa. Peruntukkan duit untuk belanja di kampung dan perbelanjaan minyak. 
.

3. Keperluan 50%
Untuk keperluan ni boleh pecahkan lagi untuk 
-belanja dapur
-keperluan diri 
-duit minyak
-rumah & bil-bil
.

4. ASB 28%
Bagi yang ada ASB tambah lah ASBF setiap tahun. Kalau taknak simpan di ASB pun, simpanlah di Tabung Haji. Untuk saya, saya tetapkan 28% dari income untuk ASBF. ASBF sijil yang lama, cover pakai dividen dah la. 
.

5. Derma 5%
Derma ni perkara penting. Kalau nak rasa rezeki sentiasa berpanjangan dan sentiasa rasa cukup , dermalah selalu. Cuba pecahkan derma dalam 2 bentuk. 
-wang 
Wang ni pula, bawa duit kecik-kecik. kalau ada 3 tabung, masukkan ke semua tabung yang ada. Contoh, di masjidkan ada tabung derma anak yatim, pembinaan tahfiz dan pembinaan masjid, masukkan duit ke setiap tabung.


Sebagai Contoh:
- Pisang
Pisang ni letaklah di masjid-masji berdekatan anda. Belilah pisang 2 atau 3 sikat ke. Kebiasaan pisang yang sesuai untuk dimakan mentah adalah pisang emas, berangan dan montel. 
Dapat pisang berangan pun dah ok. Baru RM3.50/kg.


- Tabung Rm1/ Tabung Magnet Duit
Sediakan satu tabung kecil di rumah. Pastikan setiap hari anda masukkan RM1 selepas solat subuh ke dalam tabung tersebut. Apabila cukup hujung bulan, anda sedekahkan pada masjid atau anak yatim.
.


6. Kecemasan 7%
- duit ni perlu standby setiap bulan, mana tahu ada beraku apa-apa kecemasan ke.Kotlah tayar pecah ke, kereta rosak ke atau ada saudara meninggal ke. So, duit ni lah yang kita akan gunakannya. 
.

7. Enjoy 10%
Enjoy ni macam biasalah. Nak reward diri sikit . Nak makan sedap-sedap sikit dekat kedai. Lepak tengok wayang. Macam saya, memang tiap bulan akan tengok wayang. Zaman bujang dulu, kalau orang ajak tengok wayang memang tak pernah saya tolak. 
Sekarang ni tengok dengan si dia berdua . Yang mana nyorok-nyorok nak sorok couple tu, korang cari je dorang dekat panggung wayang time malam. Mesti ada jumpa punya.. 
.
.
Setiap percent% tu anda setlah dalam excell. Baru nampak comel dan tahu jumlahnya. Dah tahu jumlahnya baru masukkan dalam sampul. Sampul jangan lawa-lawa sangat, Nanti rasa sayang nak masuk duit susah pula. 
So nak masuk bulan berikutnya, anda akan tengok berapa baki yang tinggal setiap sampul. Rasa "feel" tau bila tengok ada baki di sampul-sampul yang kita agihkan tu. 

Kalau rasa bermanfaat, boleh lah follow step ni. Pecahan percent% tu, ekutlah kemampuan anda. Kalau tak buat macam ni, maybe anda akan terbabas. Saya buat ni sebelum saya jadi consultant. 

Kalau anda bergaji 3000 sebulan, tapi cara hidup seperti orang bergaji 1500 sebulan, anda mampu menyelamatkan dan saving baki RM1500 sebulan tu. 

Setuju ???
.

Ada satu kata-kata hikmah yang Doktor saya bagi.
"Anda dalam keadaan bahaya kalau anda sedang selesa hari ni"
.

TERUSKAN SHARE UNTUK MANFAAT BERSAMA


===============================================================================


Hanafi Hamin
☏ 019-4579144
✉ hanafichini08@yahoo.com.my
http://hanafihamin.blogspot.com/

https://www.facebook.com/hanafi.hamin.7