Friday 29 July 2016

HIMPUNAN TEKNIK ROLLING ASB- FINANCING

PERBANDINGAN BERLARI DAN BERJALAN
==================================================

WATAK :
DIANA & AMIR ( bukan nama sebenar dan bukan amir syahir)

SITUASI :

DIANA
: Diana nak buat pembiayaan ASB 100k dan ikat selama 10 tahun dengan alasan dia boleh dapat duit 100k tu cepat. sebulan beliau kena bayar di bank RM1070. 

AMIR
: Amir seorang yang mengkaji sebelum buat pelaburan. Beliau buat keputusan untuk buat pembiayaan ASB 200k selama 30 tahun. Sebulan beliau kena bayar di bank RM1100. Tapi beliau nak terminate pembiayaannya pada tahun ke 10.

----------------------------------------------------------------------------------

Persamaan mereka adalah :
1-Melabur untuk tempoh 10 tahun
2- Modal tahun pertama lebih kurang sama.
3- Mereka guna kaedah rolling dividen

KIRAAN teknik ROLLING:
............................................

1. DIANA

RM100K > 10TAHUN

RM1070/BULAN > RM12480/TAHUN
DIVIDEN > RM100K x 7.25% = RM7, 250/TAHUN

BAYARAN > RM7, 250 – RM12, 480 = -RM5, 230
TOPUP > RM5, 230 X 9TAHUN = RM47, 070

MODAL > RM47, 070 + RM12480 = RM59, 550

HASIL UNTUNG > RM100, 000 – RM59, 550 + RM7, 250
= RM47, 700

::::::::::::::::::
MODAL RM 60, 000 :::::::::::::::::
:::::::::::
UNTUNG BERSIH RM47, 700 ::::::::::::

2. AMIR

RM200K > 30TAHUN > TERMINATE TAHUN KE10

RM1100/BULAN > RM13200/TAHUN
DIVIDEN > RM200K x 7.25% = RM14, 500/TAHUN

BAYARAN > RM14, 500 – RM13, 200 = RM1800
SIMPAN > RM1300 x 9TAHUN = RM11, 700

TERMINATE > RM200, 000 – RM164, 000 = RM36, 000

HASIL UNTUNG > RM11, 700 + RM36, 000 + RM14, 500 – RM13,200
= RM49, 000

:::::::::::::::::
MODAL RM13, 200 :::::::::::::::::::::::::
::::::::::::
UNTUNG BERSIH RM49, 000 ::::::::::::::::

PENGAJARAN :
Daripada kena topup bayaran RM5000/tahun ada baiknya dia tambah lagi pelaburan ASB 75k setiap tahun.

So anda nak jadi seperti DIANA atau AMIR ?
Kalau saya nak jadi diri sendiri.

===================================================
Coretan bebelan :

Ini antara sebab mengapa saya tidak berapa setuju, client yang buat pembiayaan ASB ambil tempoh pembiayaan yang singkat dan volume yang kecil. Sepatutnya dia boleh memaksimakan volume yang besar dan pembiayaan yang panjang. Di sini kita akan tahu " THE POWER of VOLUME " . Tak perlu takut pun sebenarnya ambil pembiayaan panjang, kerana anda bila-bila boleh terminate. Tak semua juga client yang tahu pembiayaan ASB boleh terminate pada bila-bila masa sahaja.

Pesanan :

Dalam ilmu pelaburan, kita kena tahu buat perbandingan. Kenapa kita pilih cara A, mengapa tak pilih B. Berapa modal kita kena keluar? , berapa duit kita kena topup? dan berapa anggaran pulangan. ?

PULANGAN dan MODAL adalah antara perkara yang terpenting walaupun kita tidak boleh kawal keuntungan yang kita akan dapat, sekurangnya kita dapat buat annggaran berdasarkan potensi-potensi sebelumnya.

Dari situ kita dapat analisa kekuatan kewangan dan modal kita dan kita boleh memaksimakan peluang yang ada.

Umur seseorang bukan menentukan dia otai atau tak dalam pelaburan. Dalam pelaburan tiada istilah "siapa makan garam dahulu" .

So tiada isu ASB tipu lah, BANK nak makan lebih lah. Sedangkan kita tak buat kira-kira sebelum melabur.

"TEGUR SAYA JIKA SALAH "
----------------------------------------------------------------------------------
Harapan & Impian adalah Percuma.
Yang mahal adalah Action..
Fast action fast result


=================================================================================

HANAFI HAMIN
019-4579144
hanafihamincwa@gmail.com

Friday 22 July 2016

TIPS MUDAH STUDENT KUMPUL ASBF 200K SELAMA 4 TAHUN

IDEA STUDENT ADA ASB FINANCING 200K
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



1. Andaikan 2016 Tahun pertama belajar.


Katakan anda ada lebihan duit sebanyak RM2000 setahun dari hasil berjimat cermat dan online bisnes ataupun lebihan biasiswa. Cara anda dapatkan duit tu terpulang pada masing-masing

Apply ASB Financing 30k dengan bayaran bulanan RM165 sebulan ataupun RM2000 setahun. 

Sekiranya dividen pada tahun 2016 adalah 7.25% ,
RM30k x 7.25% = RM2175. 
Jadinya anda telah menerima dividen RM2175. 

Dengan duit dividen ini, anda gunakan untuk apply ASB financing 30k pada tahun ke-2. ASB financing yang pertama kekalkan bayar seperti biasa dengan duit poket dari hasil penjimatan dan bisnes online ataupun biasiswa. 

RM2175-RM2000 = RM175 baki


Anda kekalkan bayaran seperti biasa untuk ASB financing 30k yang pertama.
===============================================================================

.

2. 2017 Tahun kedua belajar

Pada tahun kedua, ASB financing anda telah meningkat menjadi RM60k dengan teknik rolling dividen. 

Sekiranya dividen maintain dengan 7.25% pada tahun 2017
RM60k x 7.25% = RM4350.

Gunakan deviden tersebut untuk apply ASB financing 30k yang ketiga anda dan bayar lumsum untuk ASB Financing yang tahun ke dua.

RM4350-RM4000=RM350 baki

ASB financing yang pertama anda kekalkan bayar seperti biasa . 
================================================================================

.

3. 2018 Tahun ke3 


Anda telah ada ASB Financing 90k
Dividen = 7.25%
RM90k x 7.25% = RM6525

Gunakan dividen tersebut untuk apply ASB financing yang ke 4 dan bayar ASB financing yang ke2 dan ke3. ASB financing yang pertama, bayar seperti biasa guna duit poket dari hasil anda berjimat.

RM6525-RM6000= RM525 baki
=================================================================================

.

4. 2019 tahun ke 4

Pada tahun ini anda telah ada ASB financing 120k dengan kaedah rolling dividen dan maintain bayar untuk ASB financing yang pertama. 

Dividen pada tahun ni,
RM120k x 7.25% = RM8700

Selepas tahun ke 4 anda terminate semua sijil anda. 
=================================================================================

.

5. Hasil tuaian awal 2020


Jumlah yang akan anda dapat
Dividen terakhir + lebihan baki + hasil terminate
= 8700+ 1050 + 4502
=RM14252 

Dengan jumlah ni anda boleh apply ASB financing 200k yang baru dengan modal RM13200. So ada total baki dalam 1k tu, anda berbelanja lah untuk reward diri. 

"Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Teruskan perjuangan seterusnya pula.."

================================================================================
NOTA: 
- anggaran kiraan sekiranya dividen 7.25% setahun
-bonus 0.25% setahun
- kiraan berdasarkan pelaburan cukup 4tahun
- kiraan rujuk pada gambar
-boleh semak dengan financial calculator apps
-tolong tegur kalau ada salah

=================================================================================


6. Cara mudah faham!!

Dengan RM2000 setahun, 
anda tukarkan kepada ASB financing 30k 
dan rolling duit dividen untuk bayar installment tahun berikutnya. 


OK lah kan tamat belajar dah ada ASB financing 200k.

30k -- 60k -- 90k -- 120k -- terminate -- 200K





Hanafi Hamin
☏ 019-4579144
✉ hanafichini08@yahoo.com.my
http://hanafihamin.blogspot.com/







Tuesday 19 July 2016

6 CARA PENGURUSAN KEWANGAN BERKESAN

Menyimpan duit itu memang penting, semua orang cakap benda yang sama kan? Dalam facebook, dalam blog, dekat tempat kerja semua cakap simpan duit tapi tak ramai pun yang buat secara konsisten kan?
Macam mana saya tahu ramai yang tak menyimpan? Menurut fakta yang diperolehi, sebanyak 53% rakyat Malaysia tidak mempunyai simpanan.


Masalah Sebenar?

Kalau nak ikutkan data dan statistik, terdapat banyak lagi yang membuktikan hal ini. Namun, kesedaran rakyat Malaysia dalam menyimpan duit itu ada, tapi segelintir daripada mereka tidak buat saving. Kenapa?

Sebab kita terlalu bergantung dengan willpower kita. Dalam erti kata lain, kita bergantung kepada kekuatan mental kita bagi mendisiplinkan diri sendiri. Walaupun, keinginan selalu mendahului keperluan. Betul betul?

Jadi bagaimana cara berkesan untuk balance dalam menyimpan duit dan perbelanjaan.

Caranya ialah dengan mencipta beberapa TABUNG KEWANGAN ANDA


  • Tabung Necessity - 55%
  • Tabung Long Term Saving For Speding - 10%
  • Tabung Education - 10%
  • Tabung Financial Freedom - 10%
  • Tabung Fun - 10
  • Tabung Charity - 5%

==================================================================

[Pengurusan Kewangan]



Katakanlah jumlah pendapatan sebulan anda RM5000. Maka, duit itu perlu di simpan ke dalam enam tabung tersebut.

1. Tabung Necessity/ Tabung Keperluan (55%)

Duit perbelanjaan bulanan seperti bayar rumah, bil-bil, barang dapur, belanja sekolah anak-anak, minyak petrol dan sebagainya. Termasuklah duit bulanan untuk bagi kepada ibu bapa. Sebanyak 55% daripada pendapatan anda perlu masukkan ke dalam tabung ini. 

Contoh: RM5000 x 55% = RM2750 sebulan

2. Tabung Long Term Saving for Spending (10%)

Duit ini adalah untuk kegunaan masa hadapan. Dalam tempoh 5 - 10 tahun akan datang. Contohnya, perbelanjaan haji/umrah, melancong ke luar negara dan sebagainya. Sebanyak 10% daripada pendapatan anda perlu di masukkan ke dalam tabung ini.

Contoh: RM5000 x 10% = RM500 sebulan.

3. Tabung Education/ Tabung Pendidikan (10%)

Tabung ini adalah untuk pendidikan diri sendiri. Dan bukan pendidikan anak-anak anda ye. Contohnya, seminar ASBF, bengkel hartanah, kelas mengaji, kelas marketing dan sebagainya. Sebanyak 10% daripada pendapatan anda perlu di masukkan ke dalam tabung ini.

Contoh: RM5000 x 10% = RM500 sebulan.

4. Tabung Financial Freedom  (10%)

Tabung ini pula adalah untuk pasif income kita. Dan duit di dalam tabung ini perlu di simpan ke dalam bank seperti tabung Haji, ASB, CIMB, Maybank dan sebagainya. Jika jumlah di dalam akaun ini sudah mencukupi, gunakan ia untuk membeli saham mahupun properity. Sebanyak 10% daripada pendapatan anda perlu di masukkan ke dalam tabung ini.

Contoh: RM5000 x 10% = RM500 sebulan.

5. Tabung Fun (10%)

Duit ini di gunakan untuk hiburan. Contohnya, menonton wayang, spa treatment, makan bersama keluarga dan sebagainya. Selain itu, duit ini perlu di habiskan setiap bulan. Maknanya, setiap bulan kita perlu spend masa dan duit untuk diri sendiri, berehat bersama-sama keluarga. Kita akan lebih proaktif dan produktif untuk bekerja jika kita mempunyai masa rehat yang cukup. Sebanyak 10% daripada pendapatan anda perlu di masukkan ke dalam tabung ini.

Contoh: RM5000 x 10% = RM500 sebulan.

6. Tabung Charity (5%)

Duit dalam tabung ini pula perlu diberikan kepada orang lain. Contohnya, sedekah kepada anak-anak yatim, badan-badan kebajikan dan infak harta benda untuk masjid atau tempat awam. Sebanyak 5% daripada pendapatan anda perlu dimasukkan ke dalam tabung ini.

Contohnya: RM5000 x 10% = RM250 sebulan.

Sesungguhnya, Allah amat suka kepada orang yang rajin bersedekah dan Dia akan menambahkan lagi rezeki yang melimpah untuk mereka ini. Oleh itu, jika anda mempunyai pendapatan lebihan seperti gaji overtime, anda boleh simpan duit ini ke dalam tabung FinanciaAdik Beradik Celik Wang
====================
Kadang tumpang happy bila adik beradik ambil cakna tentang kewangan adik beradik sendiri.
Ada si abang contact saya, suruh uruskan permohonan ASBF si adik dia. Ada yang suruh adiknya penuhkan quota ASB. Ada yang baru kerja, cepat² abang dia suruh bermula dengan ASBF. 
Bukan hanya terjadi pada yang bujang tau.
Baguslah adik beradik ada bonding macam tu. Cakna sesama lain. Adik beradik saya pun termasuk ipar, hampir semua saya hasut agar ada akaun ASBF. Tapi sebelum saya jadi konsultan lagi. Walaupun adiknya ni adik bongsu, dia tetap follow dan dengar pendapat saya.l Freedom. Jangan sesekali guna duit ini untuk tabung FUN ye. Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.

Cubalah tips ini, selamat beramal.

=======================================================================

Hanafi Hamin
☏ 019-4579144
✉ hanafichini08@yahoo.com.my
http://hanafihamin.blogspot.com/


Monday 18 July 2016

BAYAR KERETA CASH DENGAN ASB


=============================================================================
ASB & MYVI KUNING

=============================================================================




WATAK : KIKI (bukan kiki yang ada kereta pegeout tu)

SITUASI :
Kiki baru mula kerja dan telah disahkan sebagai staff tetap di satu compony. Dia plan nak beli kereta awal tahun 2016, dia pun PM Hanafi nak minta pendapat. Hanafi pun bagi lah satu cadangan dan bagitahu suruh kiki tangguhkan sekejap keinginan dia untuk tempoh 1 tahun. Hanafi tak paksa dia, sekadar tunjukkan laluan untuk dia samada dia nak pilih laluan tu atau tidak.

.


CADANGAN HANAFI:
Apa kata Kiki buat pembiayaan ASB terlebih dahulu pada tahun 2016. Nanti dividen tu, kita boleh buat bayaran kereta 2017. Maka Kiki pun setuju. Memandangkan Hanafi ada ramai kawan, dia pasing kes kiki seterusnya ke kawan dia di 
bahagian urusan pengedar kereta dan pembiayaan bank. Bagi Hanafi ini cara dia nak membantu kawan-kawan dia juga. Ye lah, takkan nak bagi duit poket dekat kawan-kawan setiap bulan. 

.

so, harap korang teruskan lagi bacaan. Nak ilmu kan? Baca lagi ye :)

.


2016 Apply ASB Financing
2017 Beli kereta. 
-----------------------------------------------------------------------------------

NOTE : 
1.kiraan sekadar "anggaran" sekiranya dividen mantain 7.25%.
2. Pulangan ASB bukan macam skim cepat kaya yang menjamin pulangan tetap. 

CARA KIRAAN: 
(boleh rujuk gambar untuk lebih faham)

1. 2016

apply ASB RM100K

RM100k > RM557/BULAN > RM6444/TAHUN
DIVIDEN 7.25% SETAHUN >RM7250

2. 2017

Beli kereta MYVI KUNING 

KERETA > 550/bulan > RM6600 DIVIDEN ASB - KERETA > RM7,250-RM6,600 = RM650

BAKI > RM650

3. 2018 hingga TAHUN KE-10 
- Ulang step yang sama. 

4. SELEPAS TAHUN ke-10

Setiap kali bayar kereta, Kiki ada baki RM650

SIMPAN BAKI > 9 Tahun x RM650 = RM5,850

TERMINATE> RM100,000 - RM82, 000 = RM18,000

BAKI TERAKHIR > RM7,250

HASIL PULANGAN > RM18,000 + RM5,850 + RM7,250

= RM30,750

KERETA DAPAT, DUIT PUN DAPAT

.

:::::::::::::::::::: KERETA SETEL::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
::::::::::::::::::DAPAT PULANGAN RM30,0000::::::::::::::::::

.


PENGAJARAN:
1.Orang lain bayar juga kereta, tapi apa yang membezakan KIKI dengan orang lain adalah di follow step Hanafi tu. Dia tangguhkan keinginan 1 tahun beliau. 

2. Dia ada cash RM30,000 selepas habis bayar kereta.

3. Pengajaran seterusnya korang tambah sendiri.. takkan semua nak suap kan.

4. Jangan kata abam tak payung Ok. 

5. Jangan tanya abam mana nak cekau duit dowpayment atau buat 0 
downpayment. 

Kesilapan dalam tulisan adalah membuat perbandingan tempoh pelaburan yang berbeza. seorang 10 tahun, seorang 9 tahun. 

cara terbaik kena but kiraan terminate untuk 9 tahun. Setengah orang tidak nampak dah nilai 
RM30,000 di penghujungnya. Mereka nampak kereta dulu. 


-----------------------------------------------------------------------------------


Saya boleh kongsi teknik manipulasi berdasarkan keadaan anda.

Sebarang pertanyaan dan kemusykilan boleh tanya saya di Fb mahupun whatsapps:


Hanafi Hamin
☏ 019-4579144
✉ hanafichini08@yahoo.com.my
http://hanafihamin.blogspot.com/



Sunday 17 July 2016

TEKNIK KUMPUL DUIT KAHWIN DENGAN ASBF


Ketika CINTA berASB Berputik Bahagia
-----------------------------------------------------



Sekiranya anda dah mempunyai calon dan plan untuk berkahwin, mungkin boleh follow step untuk mengelakkan diri anda dari kena tumbuk. Perempuan lebih suka bakal calon suaminya tahu tentang pengurusan kewangan.

1. Hanya perlukan RM275 sebulan setiap orang dan tukar ke ASB Financing 50k.


.

2. Biarkan dividen terkumpul dalam buku ASB selama 3tahun. Jangan gatal tangan nak bawak keluar atau usik. Kalau boleh simpan dalam peti besi. Selepas cukup 3tahun, terminate ASB financing anda. 


.

Hasil yang akan anda dapat
-------------------------------------------

Katakan dividen =7.25%


jumlah pelaburan- baki loan
=61847-47750
=14098

=RM14000/seorang

Anda + Dia
=RM28000

============================================

Dengan nilai ni, anda buatlah perkara yang baik-baik.
kata nak hidup bersama.


.

RM10k kahwin
RM15k deposit rumah
RM3k bulan madu

Kalau anda gandakan setiap orang buat ASB financing 100k tanpa usik dividen,
anda telah kulmpul sejumlah RM56000 selama 3 tahun.

Sekadar idea. 





========================================================================

Hanafi Hamin
☏ 019-4579144
✉ hanafichini08@yahoo.com.my
http://hanafihamin.blogspot.com/

Saturday 16 July 2016

KELAYAKAN MOHON ASB

Assalamualaikum, hari ini saya nak share pengiraan kelayakan untuk memohon pembiayaan ASBF.

HUBUNGAN DENGAN BANK
======================




perkongsian dari someone untuk check kelayakan bagi kes permohonan pembiayaan ASB


.

Sekiranya untuk gaji RM3,000 keatas.

1. totalkan semua komitmen termasuklah potongan epf dan yang melibatkan ccris

contohlah RM1,500 semua komitmen.
tambahkan dengan RM500
RM1,500+RM500 = RM2000

Kiraan :
RM3,000 x 95% = RM2,850
RM2,850 - RM2000 = RM850

baki RM850 adalah jumlah maximum bulanan ASBF yang anda layak mohon.
.

2. So, boleh check table bayaran bulanan ASBF, dengan RM850 ni kita boleh apply berapa ASBF.


Kalau lihat pada table anda layak mohon ASBF yang RM150k dengan bulanan RM824 sebulan
.

3. Yang ni pula saya buat tambahan sendiri .
-anda juga boleh guna cara ni kalau table bayaran tiada dengan anda

i. guna sifir 12 dan 15

cara kira :

RM850 x 12 x 15 = RM153,000

so bundarkan jelah ke RM150,000

So, anda layak apply RM150,000

Amacam?
OK ke tak?
.

Kena ingat,
.


kita sekarang ni berada di zaman semuanya kena ada black and white.
.

Kalau anda bagitahu income anda pada bank RM10,000 sebulan sekali pun , tapi tiada black and white, bank pun tak percaya.

Gaji besar pun tak bermakna ASBF anda akan approve, kalau DSR pun tinggi melangit.

Kena ingat, start tahun ni juga PTPTN masuk dalam CCRIS, bila masuk dalam ccris ianya akan dikira sebagai komitmen dan akan effect permohonan anda.
.
kalau kiraan ni ada salah, tolong tegur saya k.

Nak apply ASBF-i contact je saya k.

================================================================================


Hanafi Hamin
☏ 019-4579144
✉ hanafichini08@yahoo.com.my
http://hanafihamin.blogspot.com/

Friday 15 July 2016

Boleh ke Pelajar IPT/IPTA buat ASBF?

Assalamualaikum.

Dek kerana diri ini juga bekas pelajar IPT, jadi malam ini rasa terpanggil untuk menjawab pertanyaan yang biasa di ajukan oleh pelajar.

Saya kongsi di sini untuk rakan dan kenalan. Selamat membaca.

Ramai yang mula sedar mengenai Loan Asb ini dan ada yang sudah berfikir panjang. Malangnya, mereka tak mula dengan tindakan. Antara soalan yang biasa di tanya ialah:

  1.  Mereka tak tahu untuk memilih Profit Bank yang mana bagus. CIMB, MAYBANK, AFFIN.

  2.Saya tak tahu bagaimana rupa flow ASBF ini.
     Katakanlah, sebulan RM600.  RM600 x 12 = RM7,200

 Adakah saya hanya perlu menyimpan di ASB sebanyak RM7,200 sahaja sekali setahun? Atau              setiap  tahun RM7,200 x 25 tahun dan capailah target 100K. Betul ke macam tu tuan?

 3. Sebenarnya saya masih dilema.
     Adakah kita kena simpan di ASB ini sehingga 25 tahun baru dapat untung?
 
  4. Katakanlah, umur saya 21 tahun dan mula menyimpan di ASBF. Adakah pada umur saya 46               tahun baru dapat untung?

 5. Apa pandangan tuan, boleh ke pelajar IPT/IPTA seperti saya membuat ASBF?



 
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum tuan,

1. Saya syorkan tuan memilih bank yang menawarkan ASBF islamik. CIMB 30 tahun max manakala MAYBANK 25 tahun max. Tuan juga perlu pastikan interest rate yang terendah semasa tuan mohon nanti. Mulai 2015, bank akan menggunakan base rate.

 2. Untuk bayaran 100k selama setahun, tuan perlu mempunyai modal sebanyak +- RM7,200                    setahun.

Pembayaran hanya melalui bank in ke akaun ASBF sahaja. Bukan bayar di ASB. Ini kerana, pihak     ASBF telah memberi pembiayaan tersebut dan kita perlu bayar melalui bank juga. 
ohh ye, setiap 1- 7 hari bulan akan ada potongan secara automatik kerana tuan sign Standing          
Instruction (SI) untuk potongan bayaran ASBF.

Tahun pertama, tuan perlu keluarkan modal sebanyak RM7,200 selama setahun dari duit tuan.           Kemudian untuk tahun seterusnya, saya syorkan tuan menggunakan dividen yang terkumpul untuk membayar ASBF tuan.

 3. Untuk soalan yang ini, sebenarnya sejak tahun pertama lagi tuan boleh untung. Jika tuan ambil      tenure 30 tahun dengan profit rate paling rendah. Tuan perlu kira sendiri untuk lebih faham. Sila buat cash flow tuan.

     Berapa yuran proses loan?
     Berapa bayaran bulanan loan dan insurans?
     Berapa hasil yang akan dapat seperti bonus, dividen dan lain-lain?

4. Tidak benar tuan, sebenarnya jika tuan mula buat ASBF pada umur 21 tahun. Tahun berikutnya           sudah  untung. Jika tuan tahu hakikat sebenar apabila buat ASBF ni, tuan pasti senyum gembira           dengan game plan yang terhidang.

5. Pada pandangan saya, saya juga mula membuat force saving melalui ASBF ni pada usia saya 21 tahun hingga kini umur saya 26 tahun. Bagus ASBF ni, ia bukan setakat menyimpan biasa tapi lebih advance dari tu. Tuan sangat bertuah jika tuan juga bermula dari sekarang tanpa lenggah.

Jika saya mempunyai adik yang berumur 18 tahun dan tiada modal, saya sanggup membayar ASBF untuknya. Ini kerana keuntungannya amat berbaloi.

Untung ASBF 200k, saya sudah provide:


  • Insurans 200k
  • Bonus, dividen dan hasil terminate yang banyak



Sekian dari saya, terima kasih bertanya dan semoga maju jaya. Selamat melabur di ASBF.


====================================================================

Hanafi Hamin
☏ 019-4579144
✉ hanafichini08@yahoo.com.my
http://hanafihamin.blogspot.com/
https://www.facebook.com/hanafi.hamin.7