Monday 17 April 2017

KELEBIHAN PENGGABUNGAN PTPTN DIPLOMA & DEGREE

Penggabungan PTPTN. Apa kelebihannya ?
===================================
.

Saya kongsi berdasarkan pemahaman saya berurusan dengan staff PTPTN. Sebab saya bukan staf PTPTN pun.
1. Penggabungan ni hanya terjadi pada mereka yang mempunyai lebih dari 1 loan PTPTN. Contohnya loan sewaktu diploma dan degree. Loan ni boleh digabungkan menjadi 1 loan.
.
Kelebihan
==========

1. Bulanan lebih rendah
2. Loan jadi 1 akaun sahaja
3. Loan start 0 bulan semula
.
Untuk kes PTPTN ,
i-Loan bawah 20k, tempoh pinjaman 10tahun
ii- Loan lebih 20k, tempih pinjaman 15tahun
Katakan kes anda
Diploma 17k dan Degree 28k. So setiap loan tempohnya 10 tahun dan 15 tahun.
.



So, bulanan akan jadi
Kalau ekut formula :
Upah pengurusan= 1% (ujrah)
Diploma :
[(17,000+ (17,000x1% x10tahun) )÷120bulan)
= RM156
Degree:
[(28000+(18000x1%x15tahun))÷180bulan]
= RM179
.
So kedua kedua loan
RM156+RM179 = RM335
Ni adalah bulanan peminjam masa kini RM335
.
Jika buat penggabungan (diploma+degree)
RM17,000+RM28000 = RM45,000
[(45,000+(45,000x1%x15tahun))÷180bulan]
=RM287

so bulanan terbaru yang kena bayar setelah buat penggabungan adalah RM287. So jimat dah RM48 bulanan PTPTN anda dari bulanan yang lama.
.



Tapi...
.
Bila buat penggabungan ni, anda boleh tarik loan anda lebih panjang. Tapi bulanan PTPTN anda tak boleh bawah dari RM150/sebulan. Nak tarik lama mana, ekut anda lah..
Katakan anda nak tarik loan PTPTN anda ke 25 tahun.
[(45,000+(45,000x1%x25tahun) ÷ 300bulan]
= RM188
So bulanan lebih rendah. Dari asal RM335 menjadi RM188.
.
4. DSR jadi rendah semula
Katakan gaji fresh grad harini RM2500/bulan
bulanan lama = (335/2500)x 100 = 13.4%

bulanan yang baru
= (188/2500) x 100 = 7.52%
Lihat, dari 13.4% turun jadi 7.52%.
.



4. Huruf C atau T tak naik dekat rekod CCRIS. Tak seperti penstukturan semula.
.



Faham ke apa yang saya tulis ni. ?
So, kalau rasa bermanfaat apa yang saya post ni. SHARE lah sikit. Taknak share, LIKE sekali pun jadi la..

.
Hanafi Hamin
Kaunter pertanyaan anda.

No comments:

Post a Comment