Monday, 17 April 2017

KELEBIHAN PENGGABUNGAN PTPTN DIPLOMA & DEGREE

Penggabungan PTPTN. Apa kelebihannya ?
===================================
.

Saya kongsi berdasarkan pemahaman saya berurusan dengan staff PTPTN. Sebab saya bukan staf PTPTN pun.
1. Penggabungan ni hanya terjadi pada mereka yang mempunyai lebih dari 1 loan PTPTN. Contohnya loan sewaktu diploma dan degree. Loan ni boleh digabungkan menjadi 1 loan.
.
Kelebihan
==========

1. Bulanan lebih rendah
2. Loan jadi 1 akaun sahaja
3. Loan start 0 bulan semula
.
Untuk kes PTPTN ,
i-Loan bawah 20k, tempoh pinjaman 10tahun
ii- Loan lebih 20k, tempih pinjaman 15tahun
Katakan kes anda
Diploma 17k dan Degree 28k. So setiap loan tempohnya 10 tahun dan 15 tahun.
.



So, bulanan akan jadi
Kalau ekut formula :
Upah pengurusan= 1% (ujrah)
Diploma :
[(17,000+ (17,000x1% x10tahun) )÷120bulan)
= RM156
Degree:
[(28000+(18000x1%x15tahun))÷180bulan]
= RM179
.
So kedua kedua loan
RM156+RM179 = RM335
Ni adalah bulanan peminjam masa kini RM335
.
Jika buat penggabungan (diploma+degree)
RM17,000+RM28000 = RM45,000
[(45,000+(45,000x1%x15tahun))÷180bulan]
=RM287

so bulanan terbaru yang kena bayar setelah buat penggabungan adalah RM287. So jimat dah RM48 bulanan PTPTN anda dari bulanan yang lama.
.



Tapi...
.
Bila buat penggabungan ni, anda boleh tarik loan anda lebih panjang. Tapi bulanan PTPTN anda tak boleh bawah dari RM150/sebulan. Nak tarik lama mana, ekut anda lah..
Katakan anda nak tarik loan PTPTN anda ke 25 tahun.
[(45,000+(45,000x1%x25tahun) ÷ 300bulan]
= RM188
So bulanan lebih rendah. Dari asal RM335 menjadi RM188.
.
4. DSR jadi rendah semula
Katakan gaji fresh grad harini RM2500/bulan
bulanan lama = (335/2500)x 100 = 13.4%

bulanan yang baru
= (188/2500) x 100 = 7.52%
Lihat, dari 13.4% turun jadi 7.52%.
.



4. Huruf C atau T tak naik dekat rekod CCRIS. Tak seperti penstukturan semula.
.



Faham ke apa yang saya tulis ni. ?
So, kalau rasa bermanfaat apa yang saya post ni. SHARE lah sikit. Taknak share, LIKE sekali pun jadi la..

.
Hanafi Hamin
Kaunter pertanyaan anda.

Wednesday, 12 April 2017

TEKNIK PELABURAN ASB PAIRING UNIT AMANAH

Teknik pelaburan ASB pairing UT 
===========================
by Hanafi Hamin






Firstly nak ucapkan terima kasih yang masih bagi sokongan untuk saya terus menulis. Nak kata menulis tak juga, hanya typing je.Ok kita teruskan ke our topik kita melabur ASB dan UT dalam masa serentak. Sambil baca, referlah sikit pada Gambar. 

Part 1

Langkah 1 :
Apply pembiayaan ASB 200k iaitu 1100/month .Kalau rasa berat, kongsilah komitmen husbad 550 wife 550. So berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Kau kena anggap, every month kena commit 1100 sampai 30tahun. Anggaplah teknik ni ko nak tinggalkan satu amount yang besar untuk pencen dan untuk waris anda. Teknik ni takde kaitan dengan investment lain atau takaful. Hanya untuk pelaburan sahaja. Umur yang sesuai untuk dapatkan tempoh 30tahun adalah ketika umur 35tahun kerana maksima umur untuk apply pembiayaan ASB adalah 65 tahun. (65-35=30 tahun )

Langkah 2:
Tuai dividen. Katakan dividen declare 6.75%. So dividen yang kita akan dapat adalah:

200k x 6.75% = RM13,500

Dividen ni ko nak buat apa? ko investlah ke Unit Trust. Ko ada 2 pilihan samada nak invest dengan cara:

1. Lump Sum atau
2. Regular Saving

1. Lumpsum
Ko buka sahaja akaun unit trust RM500, kemudian pump terus duit dividen ke Unit trust RM13500. 

atau

2. Regular Saving
Ko buka akaun Unit Trust RM500 lepas tu buatlah regular saving RM1100 sebulan. 

Tahun ke2, ke3, dan seterusnya anda tak perlu dah buka akaun Unit trust. just pump sahaja duit dividen anda tu sahaja ke Unit Amanah. Ulang step ni sehinggalah tahun ke 30.

Langkah 3:
Masuk dah fasa menuai. Padi pun mula menguning. Pembiayaan ASB dah tamat setelah 30tahun. So jumlah sijil 200k tu pun anda dapat. Apa yang bagusnya, kalau biar je duit tu dalam ASB, anda akan dapat dividen every year. Kalau dividen mantain 7% waktu tu, anda akan dapat RM14,000 every year. Tu baru part ASB.

RM200,000 dapat
RM14,000 dividen ever year dapat

Kita lihat pula part UT. Pulangan UT ni yang achieveable . Kalau dah 30 tahun ofcoz unit anda pun dah jadi banyak ditambah pula dapat dividen every year. katakan pulangan di UT anda 

8%
10%
12%

yang 6.75% tu andaikata anda biar peram dividen dekat ASB . Maka dapatlah banyak tu.

8%-12% adalah potensi return dalam UT

So return semua anda dapat adalah:

1. Lump Sum
6.75% = 1.22M
8% = 1.34M
10% = 2.23M
12% = 3.273M

2. Regular Saving
6.75% = 1.23M
8% = 1.56M
10% = 2.29M
12% = 3.39M

Sengaja saya tak masukkan jalan kira.
Kiraan saya berdasarkan

Andai Rate pembiayaan ASB sepanjang 30tahun adalah 5.2%
Tenure pembiayaan 30tahun
Dividen sepanjang 30tahun 6.75%

Belanjalah saya 1LIKE tanda anda dah baca.!

Part 2 inshaAllah akan bersambung....
Dah baca jangan lupa

LIKE & SHARE PAGE ASB & UNIT TRUST

Hanafi Hamin
019-4579144
CIMB Wealth Advisor